Monday, December 20, 2010

Main masak2

Kat kuantan sekarang ni boleh dikatakan hari2 hujan. Kalau dah hari hujan mula la perut lapar je . Aku pun takde benda sangat nak dibuat, cuma aktiviti indoor je dengan budak berdua ni. Dok bertekak je.

Hari selasa lepas pergi rumah adik aku, kunun nak try buat kek coklat kukus, ok jadi. Tapi gambar2nya takde, ada dalam blog dia. Dia baru je berjinak dengan blog, bagi dia yang buat cerita. Dah siap buat kek kukus, bahan banyak lagi, buat la pulak puding biskut mary(kut namanya), ke puding batik. Budak2 ni suka la benda2 berasaskan coklat ni. Tak sampai dua hari dalam peti ais, licin.

Pagi semalam sebelum budak berdua ni bangun aku pun membuat lagi sekali, puding batik ni. Aku buat yang senang je, tak payah isi telur pun. Biskut mary, planta, susu pekat manis, serbuk coklat, sukatan agak2 sendiri. Dan inilah hasilnya...terkurang sikit dia punya sos tu, so rupanya tak berapa menarik, tapi tak kisah la, yang penting anak2 aku suka makan, aiskrim tu sekadar hiasan je, eh sebenarnya sedap jugak makan dengan aiskrim.
Dan lagi satu..benda yang dah lama aku nak cuba buat. Selama ni puas aku cari jagung kering, baru ni terjumpa kat care4. Ye..popcorn. Senang sangat nak buatnya, walaupun senang ada jugak yang masuk tong sampahnya. Nak buatnya boleh dalam kuali or periuk, yang penting kena tutup . Aku buat dalam kuali, mula2 buat tu aku terpasang api yang agak besar, kunun nak bagi cepat kembang, sebenarnya tak boleh macam tu, jagung tu akan cepat hangus dan tak kembang. Hasilnya separuh kembang, separuh lagi hitam masuk dalam tong sampah. Buat kali kedua dengan api yang perlahan...dan..jadi nok..sukanya hati. Semua kembang dengan elok. Dan terus la buat sampai habis jagung, sikit je pun sambil hidung kembang.
Kemudian tiba la bab nak memperisakan popcorn, yang ni aku tak tau sangat, tak pernah tengok orang buat, aku main hentam je. Mula2 aku test sirakan sikit dulu, gula campur sikit je air, campur sikit planta dan kacau sampai pekat. Dan ok menjadi la jugak. Ini la hasilnya yang telah disira. Still rangup.
Lepas tu, kunun yakin dah jadi tu, aku pun sira la semua sekali. Tapinya...terlebih air ke apa, atau memang bukan macam tu agaknya nak sira, hasilnya popcorn aku yang cantik2 tu jadi lemau, aduii...kempis semula hidung. Tapi seronok jugak tengok hani makan, macam makan popcorn beli beli kat pasar malam je, kimi takat jamah sulas je.

Nanti kalau ada masa aku cari la camne cara nak sira popcorn, nak try lagi sekali.

3 comments:

Qastalani® said...

cupp, abestu camne cara terbaik nk sirapkan bagi manes spt GSC punya?

LINA said...

manes spt GSC punya?haha kalau jadi gaye yg kat pasar mlm tu pun dah mujo..masalahnya tak tau la plk camne, kalau nanee terjumpa camne caranya habaq mai no..

Unknown said...

Salam perkenalan.. Saja cari info tentang pop corn. Nak share cikit, walaupun posting agak dah lama. Jangan bubuh air masa buat sira . Biarkan gula cair dan baru boleh campur dengan pop corn. Selamat mencuba

Email: kasihkudurrani@gmail.com
kasihkudurrani.blogspot.com