Thursday, June 24, 2010

Tengok orang cari kepah terus mandi

Ahad lepas cadangnya nak mandi kat pantai balok. Budak berdua tu jelah yang nak mandinya. Sebelum ke pantai cari dulu ikan, kebetulan kat jeti balok tu ada jual ikan segar. Terus jelah beli kat situ. Pastu pergi tengok2 jap orang cari kepah, dah macam pesta pulak. Kalau tengok gambar bawah ni nampak gambar orang yang nampak kepala kat tengah2 tu, tengah cari kepah la tu. Sini dah kuala sebenarnya. Tak sangka pulak orang cari kepah macam tu, yang aku bayangkan kepah tu banyak je terdampar kat tepi2 pantai. Pastu kutip jelah kat tepi2 pantai tu, tapi taklah semudah yang aku bayangkan. Rupanya kena ke tengah2 sungai tu pastu pandai2 la ikut skil masing2 nak cari macamna. Ada yang main rasa2 dengan kaki, kalau agak ada rasa macam kepah tu tak taulah camne cara nak ambiknya. Main selam agaknya. Ada yang bawak penyauk la, penapis sayur la. Macam2 la. Kepah ni kalau yang baru dapat terus masak, memang best, manis je.
Disebabkan dah nampak air, yang hani ni dah tak nyempat2 dah nak ke tempat lain, dah ngelupur dah nak mandi kat situ, terus je la. Suka sangat. Tak takut langsung. Aku pulak yang duduk kat tepi tu terjerit2 ke dia.


Masa ni hari dah petang sangat pastu hari nak hujan pulak, tu yang dah tak berapa ramai sangat orang, kalau tak lagi ramai.




Macam kimi dah ke tempat dalam je, padahal dia duduk tu.
Keesokan malamnya, masuk dalam berita TV3, seorang lelaki tua berusia 65 tahun mati lemas ketika sedang mencari kepah di sungai balok ni..errr..nak pegi lagi ke lepas ni? Mati tu dimana2 sahaja..

No comments: