Disebabkan dia buat sesuatu yang boleh dibanggakan (bagi dia la yang memang payah sangat nak kelas kafanya) aku terajin pulak semalam buat kuih donat. Kunun nak mengembirakan dia la. Dan untuk pengetahuan aku, ini la kali pertama aku nak cuba buat donat ni. Sementara minah sorang tu tido, aku cepat2 membancuh bahannya. Cara2 nak buat ni aku tanya kakak aku je, malas nak surf. Dengan sukatan main hentam je, aku pun mulakan la projek.
Dan inilah hasilnya..kalau jual ni, 5 sen satu pun belum tentu ada orang nak beli. Bukan tak sedap..rasanya sedap jugak, tapi tak la selembut yang orang jual tu. Boleh la untuk budak2 ni makan.
Hari ni pergi daftar kimi untuk sekolah darjah 1 nanti. Sekolah kat balok je. Masa isi borang kat bahagian maklumat ibu tu terasa janggal pulak bila isi bahagian :
Pekerjaan : Surirumah
Rasa nak menangis je..ntah apa2 je.
2 comments:
Lenkali tulis Occupation: WAHM Kita upgrade sikit. Emosi harus jaga. kih3
Takut orang tak paham plk kang..
Post a Comment