Sunday, March 21, 2010

Patutnya kita buat sendiri kek tu, barulah best

Esok 22.3 genap usia mak aku 68 tahun. Tua dah dia.
Bersempena dengan harilahirnya yang ke 68 ni, kami adakan sikit majlis untuk dia minggu lepas,buat awal sebab kalau nak ikut tarikh yang betulnya tak dapat la. Alah bukan majlis apa pun, beli kek suruh dia potong. Tu je. Yang penting ingatan anak2 untuk dia. Sentiasa doakan kesejahteraan dan dan kesihatan yang baik untuk dia. Dalam usia macam mak aku ni,apalah sangat yang sedapnya pada dia kek tu,melainkan rasa kenyang melihatkan dan melayan keletah cucu2nya pada hari tu. Walaupun bukan semua yang ada. Lagi pun benda ni tak dirancang pun.

Coklat kek yang sedap, walaupun rupanya tak berapa nak menarik. Disponsor oleh adik aku,mama dani.
Inilah antara muka2 yang paling gembira nak makan kek.
Anak sapelah baju merah kena dukung tu, gaye lapo je muka tu nengok kek. Mak aku dengan suku cucu2nya.
Rasanya inilah kali pertama dalam hidup dia memotong kek sempena dengan hari lahirnya. Kalau aku tak silap la.
Haihh..budak baju merah tu lagi yang berianya..
Ni saje2 je nak bergambar, kakak aku.
Kakak aku jugak.
Gambar tukang sponsor kek takde pulak, ni kakak tukang sponsor kek.
Akhirnya dapat jugak ke dia
Aksi2 muka yang menunjuk kek tu memang sedap.
Haa.. budak sorang ni kalau makan memang over sikit
Kek dah depan mata,control ayu dulu
Idu..idu..(sudu..sudu) semua benda kalau boleh nak makan dengan sudu.
Jamah dulu sikit, nak rasa sedap ke idok
Bila dah tau rasa..seluas2 mulut disumbatnya
Abis comot
Sedap..
Happy bila perut dah kenyang, berbaloi2 maksu beli kek tu
Selamat hari lahir yang ke 68 untuk mak, semoga dipanjangkan umur, sihat selalu, bahagia hidup dunia akhirat.

Lepas ni kena belajar lagi buat kek, bulan depan dah befday hani pulak. Kununnya nak buat sendiri.

2 comments:

Qastalani® said...

huiyooo.. ada stlawbelli!

LINA said...

strawberi tu la yg jadi rebutan