Monday, March 29, 2010

Jalan jalan ke rumah buruk

Sementara hani tak bangun tido lagi ni boleh la ngadap laptop jap. Kalau tak, tak merasa. Malam sebelum tido barulah boleh.

Pagi semalam tetiba je de tepon ajak pergi ke rumah buruk. Mula tak berapa nak pergi sangat mikir ke rumah macam tongkang pecah, nak ke pasar laginya, haih macam2 nak buat. Tengah dok mikir tiba2 pulak dia muncul depan pintu, nampak gayenye pergilah jugak..nasib aku tak kerja. Kemas jelah rumah mana yang patut, kejutkan budak berdua tu (cakap nak jalan senang je bangun), siapkan ala kadar je, 9 lebih turun dari rumah. Pukul 1130 baru sampai ke rumah buruk. Hari dah panas. Sebenarnya sebelum kawasan rumah ni dibersihkan setakat 1130 tu redup je lagi.

Sampai situ bukan buat apa sangat, mak aku dengan abang ipar dah banyak terangkan. Diaorang sampai dulu dalam pukul 9. Kitaorang saje je nak berjalan. Masa ke rumah buruk nilah kimi dan hani ada peluang nak main puas2. Kalau kat rumah sendiri kena kurung je.

Macam biasa kalau entry rumah buruk akan penuh dengan gambar2 je. Mungkin ada gambar2 ni yang lebih kurang je dengan entry2 rumah buruk yang sebelum ni. Tapi tak kisah la. Malas nak cek.
Mesti dengan sepupu kesukaan dia, abang ngah

Hani dengan amir
Amir yang suka melayan dia
Banyak lagi kayu kayan kena dibersihkan
Makin panas
Dah ada buaian tempat nak berehat

Semua nak mencuba buaian baru
Lantak la nak main apa pun, sekali sekala

Lepas zuhur dalam pukul 2 lebih barulah beransur balik, tapi sebelum tu kitaorang ke kg sekara dulu, dah lama tak kesini, kg kitaorang jugak
Tapi dah tak dapat nak ke rumah arwah mak sedara aku, dah naik hutan
Kat seberang jalan depan masjid tu dah ada yang lainnya, sawah padi
Jakun kejap kitaorang tengok
Memang cantik




Pukul 430 barulah sampai ke kuantan. Sekejap je berlalunya 1 hari.

5 comments:

Anonymous said...

Tenang jer nmpak dalam blog ni...pemandangan kmpung..xder citer2 pelik yg memalukan diri sendiri dlm ni...hehehehhe

Opah Ju said...

seronok nya ada kg.......opah berkenan sgt dgn tempayan tu.....antik....

LINA said...

Anon : sawah yang tenang jangan disangka takde lintah.

LINA said...

Anty Ju : Memang seronok kalau balik sekali sekala.
Ramai orang yang berkenan dengan tempayan antik tu, hampir nak 100 tahun agaknya..

abah said...

tempayan....not for sale...hehehe