Monday, March 15, 2010

Bubur oh bubur

Duduk kat rumah ni kekadang pening jugak, bukan pening pasal apa, pening memikirkan nak masak apa untuk budak2 ni,kalau perangai budak2 ni bukan setakat pening lagi dah, mujo aku takde migrain je. Kalau ikutkan tekak kita memang la kalau boleh nak dia makan sayur itu ini, ikan itu ini. Yelah apa2 jelah yang kita rasakan berkhasiat untuk pembesaran dia. Memang seronok kalau tengok apa yang kita masak tu habis licin dia makan. Rasa berbaloi sangat, walaupun benda yang dimasak tu sangat simple.

Contoh benda yang sangat simple aku masak, bubur nasi. Disebabkan dah takde idea sangat nak masak apa. Memula aku buat bubur nasi yang senang sangat, isi ayam dan carot je, tumis je halba sikit, masuk bawang, ayam, carot dan beras, masak jelah sampai jadi bubur. Memang licin seperiuk budak berdua ni makan.

Hari esoknya pulak konon nak upgrade sikit, buat bubur ikan pulak. Isi ikan yang dah siap dihancur, carot, brocoli. Prosesnya sama je.
Nampak menarik sikit ada kaler2. Kunun sebagai daya penarik.
Dah siap, ready untuk dimakan. Nyum nyum..


Tapinya...

Mama kimi tak naklah makan sayur aiskrim ni (dia panggil brokoli tu sayur aiskrim), kimi nak nasik je..

Yang adiknya pun sama..

Last2 aku jugak yang menghabiskan semua brokoli dan carot yang ada..nampaknya budak2 ni tak tertarik pun dengan kaler2 tu.

Kalau boleh disumbat2 dalam mulut budak berdua ni lama dah aku sumbatkan supaya dia makan. Tapi tidaklah semudah tu..

2 comments:

Qastalani® said...

camne bole jadi sayur eskrem???

LINA said...

Kan rupanya macam aiskrim kalau belum dpotong,pada matanya la.Memandai dia je nak bagi nama apa.