Tuesday, March 9, 2010

Buat kek

Ginilah kalau orang tak kerja, rutinnya berkisah pasal anak2, memasak, kemas rumah. Nak nyoping kena tunggu orang bagi duit, tu pun kalau orang nak bagi, kalau tak nelan air liur je la..aaa..tensen gue..Betul, kalau fikir pasal duit jadi tensen je. Barulah rasa bezanya kalau ada income sendiri dengan harapkan orang bagi. Nak belanja pun kena seratus kali fikir.

Huh!

Tukar topic, tapi masih berkisar rutin orang tak kerja. Memasak (bukan la maknanya orang kerja tu tak memasak). Sabtu lepas aku ada plan dengan adik dan kakak aku, buat kek. Masa aku muda2 duluuuuu memang rajin jugak buat kek, bila dah tua ni skil dah lari, kununnya ni nak belajar semula la. Belajar pun dari intenet je. Main tibai je. Aku ada jugak bercita2 nak pergi kelas betul, tapi setakat bercita2 jelah, ntah bila dapat peginya.

Kami mencuba buat kek coklat. Bukan kek coklat lembab tu, kek coklat biasa je. Buat kat rumah adik aku. Dengan rumah yang tunggang langgang dek penangan kimi, dani dan hani memang langsung tak menggugat semangat. Mula2 cari resepi yang senang2 je. Resepi ni main campur je semua bahan, pastu pukul je dalam 2 minit. Tapi hasilnya amat mengeciwakan.

Ginilah rupa keknya, sebelum masuk oven banyak tu, pas kuar over pun banyak tu jugak, maknanya tak naik la tu.
Rupanya selepas dipotong, bukan jadi kek coklat tapi kuih kaswi coklat. Padat sepadatnya. Macam kuih kaswi tu lah.
Dan, selamatlah kuih kaswi coklat ni landing dalam tong sampah. Series, memang tak sedap. Sampaikan budak2 tu pun cakap tak sedap.
Tapi tak puas hati selagi tak jadi, kami cari pulak resepi yang lain sikit caranya. Bukan payah pun nak buat, mixer ada. Resepi kedua.
Ready untuk dibakar.
Wah! sangat teruja bila tengok dalam oven dia naik sekali ganda, takut je dia turun semula.
Dah masak, nampak macam tak mengecewakan, walaupun turun sikit. Tak sabar nak potong.
Nampak gebu sikit.
Bila dipotong, memang menjadi...lembut je, sedap...budak2 pun cakap sedap, budak kan tak pandai menipu. Barulah puas hati cubaan kedua menjadi. Walaupun masih banyak yang boleh diperbaiki tapi tetap boleh dibanggakan..hahaha


Weekend ni mungkin nak cuba buat resepi kek lain pulak. Tak taulah masuk tong sampah lagi ke tak. Biasalah, baru belajar.

2 comments:

Qastalani® said...

tekad sungguh hati sampai buat kek 2 kali!

LINA said...

Haha..sebab ada mixer tu rajin la,kalau kena pukul dengan tangan tak jugak rasanya