Thursday, March 4, 2010

Berakhirnya satu penantian

Ingat tak lagi pasal aku kena saman bawak kereta road mati bulan 12 tahun lepas, tak pe..memang aku sorang je yang ingatnya, mana boleh lupa kan. Semalam hari yang ditunggu2 sampai. 3.3.2010 tarikh keramat tu. Hari penentu berapa fulus yang akan melayang.


Seperti yang tertulis dalam surat saman tu kami(aku dengan mizan) kena hadir ke mahkamah ni pukul 830 pagi. So pagi2 buta dah bersiap. Pukul 730 kimi dah dihantar ke tadikanya, hani tinggal jap dengan pengasuhnya dulu. Alhamdulillah belum 830 kami dah terpacak kat mahkamah kemaman. Aku terus ke kaunter, serahkan surat saman tu.

Awak boleh pergi minum dulu, sebab mahkamah bersidang pukul 9, tapi karang jangan terus masuk, datang jumpa saya dulu sebab kes awak ni belum didaftar kat mahkamah lagi

Ok..(elok sangat la tu sebab belum breakfast lagi), pelik pulak, tapi lantak je lah

Pukul 9 aku datang semula tanya kat kaunter

Kes awak lain sikit kena tunggu orang jpj datang dulu

Pukul berapa tu encik

Tak tau la, biasanya masa ni dah datang

Berdebar jugak sebab dia cakap kes aku ni lain sikit,dah terbayang dah 3 4 ratus akan melayang.

Ok nak cerita keadaan kat bahagian pesalah trafik ni. Orang memang ramai gile. Dah la bahagian kaunter dia tu kecik je, lemas dok dalam tu dengan macam2 bau. Masa pukul 9 tu kat dalam mahkamah tempat perbicaraan tu dah macam sardin, selagi boleh masuk dia suruh masuk jugak.

Dalam 915 aku masuk semula, dan tanya, jawapan pun sama. Tunggu lagi. Dalam 5 minit tunggu, barulah nampak kelibat 2 orang jpj. Barulah lega sikit. Tapi kena tunggu jugak lagi dalam 10 minit barulah nama aku dipanggil, dan disuruh masuk ke dalam tempat perbicaraan sedang dijalankan. Mak aii...ramainya orang,tempat duduk memang dah pastilah takde. Aku masuk dan terus ke depan sekali, barulah lega sikit. Lantaklah, janji tak bersesak kat belakang.

Aku bayangkan kena masuk kandang ke,macam yang biasa kita tengok dalam tv tu. Tapi bukan macam tu. Hakim duduk kat tempat tinggi depan sekali,macam biasa kita tengok tulah. Pastu kat bawah sikit ada perempuan tu tugasnya membaca kesalahan orang. Dia membaca macam robot, lajunya. Agaknya tak kering ke tekak dia bercakap tak berenti. Pastu ada la petugas2 yang lain,orang jpj pun ada sekali. Pastu sorang2 nama akan dipanggil dan masuk ke bahagian tempat diaorang nilah. Aku agak mesti nama aku lambat lagi kena panggil. Yelah orang lain dah lama masuk dulu. Sekalinya dalam 15 minit je nama aku dah dipanggil

Zalina Mohamad, betul nama kamu Zalina mohamad?

Betul cik (mahunya tak gugup)

Kamu didapati bersalah memandu kenderaaan bernombor pendaftaran bla bla di jalan kuantan kemaman pada bla bla dengan kesalahan cukai jalan tamat tempoh, adakah kamu mengaku bersalah?

Ye encik

Rayuan.
Selepas kesalahan kita dibacakan kita boleh buat rayuan, kalau rasa dah kaya sangat boleh jugak tak nak merayu.

Saya merayu agar denda dapat dikurangkan (suara tak berapa nak keluar je, nasib tuan hakim boleh dengar lagi)

Hakim : Denda sebanyak 100.00 ringgit, tiada rayuan lagi.

Memang cepat je, setiap sorang tu perbicaraannya tak sampai 5 minit.

Fuh! alhamdulillah..lega...(dalam hati jelah, takdelah depan hakim tu aku nak cakap gitu, maunya dia naikkan pulak jadi 200, tak ke naya)

Banyak jugak kes2 macam aku tu, tapi diaorang kena 200.00. Pelik pulak aku boleh kena 100.00 je. Agaknya hakim tu kesian tengok aku. Tapi hakim tu muka dia memang boleh dipercayai, muka orang beriman, bersih je. Aku rasa dia tu memang seorang hakim yang jujur dan amanah (mentang2 la hakim tu bagi denda 100.00, terus puji hakim) .

Belum pukul 10 aku dah setle semua. Mizan la yang mengeluarkan duhet membayau sebabnya duhet aku ada tak sampai 20 hingget pun. Fuh! Lega..(dalam hati). Harap2nya tu bukanlah sebagai hutang, sebab aku sekarang dah jadi liabiliti bagi dia..hahaha..

5 comments:

Qastalani® said...

RM100 je?? Indah nye dunia!! Nanee kena saman bawak laju kat LPT = RM 300 (kena tahan polis). Lepas tu mama bising kat umah sampai surat saman pos. I dont know whether it's the same saman or saman baharu. Kalau saman baharu.. rasa nak pitam. Total RM600!! lepas ni sungguh balik Kuantan kena pakai public transport! RM 600 da bole naik flight pegi-balik Bandung!! Ohhh..

LINA said...

tu la, macam tak pecaya jugak, lega betul!
eh polis pun boleh keluar saman bawak laju ke?ingatkan jpj je.selalunya kalau saman sampai melalui pos tu saman ekor, penah jugak dapat.macam dua saman yang berbeza je tu..ha..pengsan la membayaunya..600 beb,banyak tu,tapi boleh mintak kurang kalau tak silap.

abah said...

klu nak kurangkan saman,boleh la gunakan MYEG penyedia perkhidmatan e-kerajaan anda dgn tawaran terbaik...

Qastalani® said...

kak lina: JPJ yang tahan la kotnye.. dengar2 nya bole kurang kalau within one month. ini da lebih months da nih. kalau MYEG dapat kurang saman sampai RM100++ ke?? setakat diskaun RM100 pun, nak menangis juge membayar

LINA said...

la..dah lebih sebulan ke?mmg kena bayar full la gamaknya. MYEG tu disc dia 30%-50%.lagi pun senang kita nak tau kita ada saman ke tak kalau daftar dengan MYEG tu.