Adoi lamanya dah tak berupdate. Sibuk sikit sekarang ni. Minggu ni berulang alik kuantan-teluk kalong. Dalam sebulan ni rumah berterabur dan huru hara sikit. Bila sampai rumai dah penat. Dah macamna rumah tak huru hara. Sabar jelah, habis bulan ni je, pastu harap semuanya akan back to normal.
Dalam minggu ni pun kimi buat perangai semula, tak nak ke sekolah. Hari ni pun terpaksa diberi upah dengan coklat, barulah nak senyum sikit ke sekolah. Abahnya terpaksa jugak masuk lewat kerja, melayankan kerenahnya. Abahnya handle kimi, aku handle hani. Mujur jugak aku boleh masuk kerja lewat sikit, so tak perlulah aku nak terkejar2. Keluar rumah pun macam biasa je, macam kerja kat tempat lama je. Pastu dok follow jelah belakang lori, sejam baru sampai. Balik pulak awal sikit, lagi 10 minit nak ke 530pm aku dah bla, kunun nak mengelak kesesakan, dalam 630 baru sampai rumah. Kalau orang lain mungkin boleh lagi cepat sampai, tapi aku bab2 nak memotong lori memang ketar sikit lutut. Biar lambat asal selamat, kan.
Ok sedikit cerita aktiviti aku dalam 2 minggu ni. Dah lama aku plan sebenarnya nak buat picture wall kat ruang tamu rumah aku tu. Kebetulan hari jumaat lepas mizan tak kerja, aku memang la cuti sebab ikut ganu, maka bermula la projek kami mentransformasikan sedikit ruang tamu kami tu yang ala2 suram sikit. Kimi ke sekolah, hani aku hantar ke rumah pengasuhnya. Pagi2 kami memulakan projek.
Mula2 bersihkan dulu bahagian2 yang berdaki, kasi rata dulu.
Bahagian yang akan di cat, kira picture wall la kununnya.
Nilah kaler picture wallnya. Pilihan kami bersama. Mujo hijau, suka hati den.
Gambar selepas ditransformasikan takde, imagine jelah.
Selepas mengecat memang aku jelah yang akan mengemaskan semula rumah, tu memang dah kebiasaan, kalau harapkan mizan, hmm memang pastilah aku yang kena menyudahkan jugak dan sampai ke malam aku mentouch up dinding tu. Mengemaskan mana bahagian yang ada cat besememeh. Terutama kat siling. Mizan pegi dinner tempat kejenya.
Malamnya tu selepas aku siap seme mentouch up, rumah seme dah kemas, lantai dah siap mop, tiba2 pulak anak dara aku pulak buat hal. Penat aku buat kerja tu tak hilang pun lagi. Tanpa aku sedar, dia pergi buka pampers dia pastu dia terkencing kat lantai yang aku dah mop bersih
siangnya, dipijaknya air kencing tu pastu jalan merata kat ruang tamu, agaknya kalau korang apa perasaannya? Sambil air mata menitik ke lantai aku membasuh dan mengemop semula lantai,hahaha. Nak marah kat sape pun tak tahu. Tapi memang hangin satu badan la. Nak marahkan dia memang takde gunanya, budak kecik bukan reti apa. Sabar jelah. Tido.
Keesokan harinya, kunun boleh nak berehat sikit. Tapi tak dapatnya. Lagi dia buat perangai. Masa tu aku dalam bilik air, mizan tengah basuh kete kat luar, budak berdua tu elok je bermain kat ruang tamu, dalam bilik air tu aku dah terbaukan sesuatu, pastu terdengar kimi terjerit2. Bila aku keluar dari bilik air tu...waaaaaaaa...hani berak, pastu dia pegi buka pampersnya dan ta-e dia besepah kat lantai, kat tangannya, kat baju dia, kat sofa, kat tikar pun kena benda alah tu. Rasa nak pitam jap jam tu. Nak termuntah pun ada. Tak tau dah nak cakap apa. Terlebih hebat dah hani ni!
Lepas hani aku cloroxkan dalam bilik air, abahnya bawak dua2 budak tu keluar. Dan aku jugaklah yang kena mengclearkan semua benda alah tu. Membasuh satu ruang tamu (lagi). Basuh tikar, sarung sofa. Sabar jelah(lagi).
Hani ni nape berak merata?sian mama tu penat! kan rumah kita dah kotor! mama tengok hani ni ! bla bla ...aku dah lupa dah apa lagi yang dibebelkan kimi. Takpe tak perlu dah aku nak membebel, assistant dah ada. Dia tau apa yang mamanya rasa.
3 comments:
kalo pegi keje tu..elok laa ikut blakang lorry.biar lambat asal selamat..jgn dok pintas lorry ni..
cantik pilihan colour utk picture wall tu..ala2 hijau cam blog ni jugek..tp hijau ni bleh nampakkan ruang rumah nampok luas n tenang..kome dah cube kat umah kome..n mmg tenang..kalo tak jadi jugek..kol eric leong bantu..hehehe
kes hani tu bese laaa..tu baru dia lapkan ta-e dia kat ditu..kalo dia tepek2 kan kat dinding yg baru di cat tu..bukan takat rasa nak pitam..silap2 bleh sawan jap..muahahah...
anyway slamat menjalani latihan SURIRUMAH sepenoh masa..semoga dikurniakan kesabaran berlipat kali ganda...
naseb anak baru 2. laki-bini bole pegang sorang satu. kalo anak bertambah lagi jadi 3.. ngeh3.. kena pasang bini lai satu nih soh jaga anak ketiga.. keh3
apis: dah tuannya ni suka kaler ijo..umahnya pun ijo le jugek,nasib tak suka kaler oren,klu tak berpinau la mata..
klu dok sorang2 memang la tenang je,tak yoh bekaler ijo pun xpe,tapi klu dah ada bdk ber2 tu takde bezanya..riuh semedang,tapi tulah penyeri suasana orang cakap..klu sunyi sepi karang x best plok..
nanee: haisshh..jangan cuba nak bermimpi..pandai buat pandai la jaga..no kompromi
Post a Comment