Saturday, February 20, 2010

Sessi menggemukkan badan

Makin lama tak berupdate makin malas pulak. Bila kat rumah cuba2 nak menulis, dah ada gangguan yang memang tak dapat dielakkan lagi. Terpaksa batalkan hajat. Biasa gangguannya yang memang sakit telinga la kalau dengar, yang ni;

mama kimi nak tengok cite ultraman, mama pasang la.. Tengok kat youtube, abahnyalah yang pandai2 sangat mengajar ni..

Dah macamna? selagi tak dipasang, selagi tulah memekak je. Dah la tu kalau aku dah pasang pandai pulak mengajar aku yang tu salah la yang ni salah la..sabo jelah budak ni. Sekarang ni kena disekat sikit, tak boleh diikutkan sangat, bahaya.

Raya cina baru ni aku balik kampung. Seronok, semua ada balik, macam hari raya pulak. Macam2lah aktivitinya kalau dah semua ada balik. Kalau orang pempuan biasalah kejenya, memang dok kat dapur je lah..Bila sebut pasal dok kat dapur ni, antara menu yang biasa mak aku suka buat bila semua ada balik, kuih badak berendam. Entry yang lepas pun aku ada cerita pasal kuih ni, tapi yang ni lebih banyak sikit gambarnya.

Sampai dua sessi mak aku kena buat, dah ramai, biasalah. Kalau orang tak biasa dengan suasana hingaq bingaq memang pening sikit la balik rumah aku ni kalau semua ada. Memang tak diam la, terpekik sana sini dengan budak2. Aku harap semua yang dah jadi ahli keluarga aku, dapat la terima keadaan keluarga aku yang macam ni. Seadanya.

Eh termelalut sikit, berbalik cerita pasal kuih, mula2 sediakan intinya dulu. Harap maklum semua mak aku yang sediakan, aku tolong gentel2 tepung je.
Tepung pulut+tepung pulut hitam. Senang je, macam nak buat kuih buah melaka tu je..
Pastu masukkan jelah intinya, gentel bulat2, bukan lonjong yek.
Kemudian dikukus, kepalanya yang kaler putih tu, aku pun tak reti nak bancuh, tapi yang pastinya isi santan campur tepung sikit garam sikit. Sukatan, memang aku tak tau. Inilah hasilnya.
Sessi kedua yang dibuat ni pun memang kejap je bertahan. Liau. Memang berbaloi2 mak aku buat. Teringat pulak kat arwah abang aku yang sulung..dia memang suka makan kuih ni. huh! tak boleh diingat mesti menitik air mata..Alfatihah untuknya.

Itulah janji Allah, yang hidup pastikan mati, masa dan saatnya sahaja kita tak tahu.

Sambung semula, hari ahad kami sekeluarga ke klang, menghadiri majllis perkahwinan kawan mizan. Macam biasa je, majlis meriah. Makanan pun sedap, tempe wajib ada, orang jawa agaknya.
Motif gambar ni, nak tunjuk aku pergi kenduri tulah..hahaha
Takde apa yang nak diceritakan sangat,tengok jelah gambar.
Kimi dah dapat kawan baru, nilah yang aku katakan bahaya banyak sangat tengok cite ultraman,sikit2 dia nak berlawan macam ultraman, kadang dengan adiknya pun boleh dia nak buat jugak, kalau adiknya menangis memang mamanya ni akan bertukar jadi raksasa la! don play2..
Nilah pengantinnya, selamat pengantin baru janggut dan zura, janggut tu namanya ridhwan.
Itulah sebahagian cerita masa kampung baru ni, sebahagiannya lagi akan datang. Tapi tak tahulah bila datangnya tu. Harap2 datang.

2 comments:

Qastalani® said...

haih. rasa nak gelak tengok photo si tomei kecik nih. bole pulak pi spelek ta-i pada sofa tuh!

p/s: nnt hani da besar da sekolah menengah, ada pulak kawan hani baca blog mama hani.. baca pulak entry spelek ta-i pada lantai sofa etc.. confirm bingit!!

LINA said...

hahaha..klu ye blog mamanya ni boleh bertahan selama tu