Saturday, January 30, 2010

Makan rojak lagi sedap

Minggu ni rasa tension sikit. Pasal kerja. Selama kerja kat kuantan ni kerja aku memang rilek je, jarang sangat nak bolehkan tensen pasal kerja, selalu tensen sebab takde kerja nak buat adalah. Tapi takdelah tensen sangat, suka lagi adalah, haha. Ye lah, jarang orang dapat peluang macam ni, keje rilek je, tak tensen langsung, hujung bulan gaji masyuk. Nak berintenet, sampai nak muntah pun boleh, tapi efect dari segi lain kepala macam bengong sikit, lembab, sebab kerja aku buat selalunya tak payah nak fikir sangat pun. Balik2 benda yang sama je. Otak pun tak perlu nak bekerja secara maksimum.

Minggu ni tensen pun sebab pasal urusan nak pindah je, kerja aku tu boleh siap kejap je, tapi di pihak yang satu lagi tu buat lembab sikit urusan aku banyak yang tergendala. Bulan januari tinggal sehari je lagi. Bulan dua dah kena beroperasi kat tempat baru. Urusan kat sini tak setle lagi. Jadi rasa serabut pulak, mula kepala fikir ke benda lain, tapi perbuatannya lain. Contohnya baru ni masa balik kerja, aku ingat nak ambik kimi dulu, pastu baru ambik hani, tapi alih2 bila sampai kat simpang rumah pengasuh hani terus je aku masuk, dah nak sampai baru ingat nape pulak aku pergi ambik hani dulu ni, sebab masa dalam perjalanan tu otak aku melayang entah kemana. Tapi aku still waras ye..hehe. Ni pun aku terjaga pukul 3.30am, sampai ni aku tak boleh nak tido, kepala aku mikir je pasal keje. Ishh tak suka betul la...Aku ingatkan bulan ni abih la aku bekerja, tapi kena extend lagi dalam 2 minggu, sebab bos nak aku tolong setlekan certain perkara kat tempat baru nanti, pengganti aku pun takde lagi, tulah yang jadi masalah utamanya, kalau tak aku dah boleh lepas tangan je. Hah bosan! kalau cite pasal kerja ni. Lantak la.

Lupakan pasal kerja aku yang ntah hape2 tu. Berbalik pada cerita biasa dalam blog aku ni, pasal anak2 aku. Hari khamis baru ni, kimi mengamuk beria masa balik dari sekolahnya. Dia ni kalau mengamuk..tuhan jelah yang tahu apa yang aku rasa. Rotan?ye memang kena. Kalau time dia baik..uiiii rasa bertuahnyalah anak aku ni, tapi bila time dia mengamuk, uiiiiii...tersangat2lah lagi bertuahnyaa... Apa2 hal pun kena sentiasa cakap anak bertuah. Cakap ibu tu adalah satu doa. InsyaAllah. Ha apa anak bertuah aku tu buat masa dia ngamuk tu? Setakat buang2 selipar kat luar pagar tu memang dah jadi kebiasaan dia, sepahkan rumah?biasa. Buat adik dia?biasa. Tapi memang dia akan kena semula la dengan aku. Yang luar biasa sikit baru ni dia buat pergi lock pintu dapur,kesudahannya tak dapatlah nak masuk ke dapur. Dah la kunci pintu takde, missing in action agaknya Malam tu menangis la dia tak dapat minum susu dalam botol, adiknya nasib baik la botol susu ada kat luar dapur. Padan muka.

Ok diringkaskan cerita nak masak nasi goreng pulak ni, tengahari semalam masa rehat aku balik mensetlekan urusan pintu tu. Setakat nak pecahkan tombol pintu memang aku penah buat, cuma masa kejadian tu berlaku aku tak boleh nak buat sebab peralatan bertukang
takde, aku dah try macam2 dah sebelum tu, try dengan kad kedit la, sebab kalau kat opis aku boleh jalan kalau guna cara ni, tapi kat rumah aku ni memang tak boleh sebab pintunya lain. Sebelum tu aku singgah rumah mil aku dulu untuk pinjam peralatan yang dirasakan perlu.
Keadaan pintu sebelum dipecahkan. Aku ingat senang macam yang penah aku buat sebelum ni, tapi mak aiii..hampir sejam jugak. Memang payah, hampir2 nak give up. Tapi disebabkan dah rasa rindu sangat nak masuk ke dapur buat jugak.
Keadaan pintu masa dalam proses dijalankan, memang hancus la pintu dapur aku ni. Nak panggil tukang kunci ke aku rasa macam tak berbaloi pulak. Lagipun kat dapur, tak perasan sangat.
Dan akhirnya....mak berjaya.....wah terasa hebat pulak, kuang2. Bila dapat masuk semula ke dapur rasa macam best sangat, rasa macam dah setahun tak jenguk dapur.

Terus dan2 tu jugak aku mengemas dapur langsung terus malas dah nak masuk ke opis. Macam opis bapak ko je ye sesuka hati nak masuk ke tak. Bukan apa masuk opis bukan boleh buat apa, semua tunggang langgang.

Ok itulah jelah ceritanya, pale sudah pening.

6 comments:

Qastalani® said...

hahahahhah..BRAVO! berlubang dah bahagian tombolnye. bole kimi main intai2 dengan hani. harini kat ECM ada roadshow Permata Hijrah ekk! Kat Pekan Dataran Pahlawan ada kempen kesihatan untuk check up kesihatan. Pegi lah. check pap smear free aje.

p/s: dok suruh org je. sendiri takot nak pegi

The said...

macam2 hal lah ngan kimi , mesti mulut bising tak renti membebel, mujur tak ada darah tinggi kalu tidak terus duduk diam melepek je dak...

Chenoreans said...

hebat juge kimi ni...nak mujo dia tak kurung mak dia kat dapur tu..kalo tak..tekanting2 laa mak dia minta rintihan dari anak lelaki kesayangannya bukakan pintu...Nak..bukalaa pintu ni nak...hahahaha berdrama puak kite yerk..Nway..tahniahlaaa coz berjaya menJAHANAMkan tombol pintu tu...tp agak2 bleh tak maknye pasangkan tombol pintu yg baru??hahaha

LINA said...

nanee: tq for the info. tapi tak pegi pun..
kalau nak buat papsmear free pegi je klinik kerajaan, x yah tunggu ke situ,tapi tulah, kita sama je..TAKUT,sampai ni tak penah lagi buat, tapi kena jugak buat sekali nanti.

LINA said...

the : tau takpe..bukan setakat mulut je, tangan pun dah naik sama

LINA said...

apis :memang hebat budak kimi ni. kalo kurung mak dia kat dapur takpe..jangan dia kurung adik dia sudah..pengsan adiknya menangis.
moknya setakat pecahkan bolehla..tapi tak kuasa la nak pasang semula,lantak la sampai ke sudoh gitu,lagi senang.tak payoh bertombol2 dah