Wednesday, January 6, 2010

Happy birthday kimi

Cerita yang dah basi, tapi pada aku tetap tak basi sampai bila2.

26/12 tahun lepas birthday kimi, lama tak lamanya aku tak update, sampaikan cite tahun lepas bawak ke tahun baru pulak. Birthday dia yang ke-4.

26/12/2005 jam 10.42 malam anak sulung aku ni selamat dilahirkan. Berlainan dengan hani, kimi dilahirkan secara normal, yang samanya dua2 lahir pada minggu yang ke 36 sahaja. Alhamdulillah aku rasa mudah melahirkan dia ni, sakit tu tetaplah sakit cuma tak lama. Sakit yang tahap kritikalnya aku rasa dalam sejam lebih je. Tu mungkin salah satu sebab orang cakap kalau nak mudah bersalin kena banyak berjalan. Masa ngandungkan dia memang berjalan je kerjanya, maklum la masa tu aku dok di KL, mizan di kuantan. Weekend je baru jumpa. Sekarang dia pun memang suka sangat berjalan, tak reti nak letih dan budak yang hyper. Kalau bercakap memang tak reti nak diam. Bak kata orang cenor 'mulut homeh'.

Sambutan befday dia tahun ni aku tak buat apa pun, semua neneknya dah buatkan. Bertuahkan. Tapi takdelah buat majlis apa pun, cuma makan anak beranak je.

Buat kat rumah neneknya, ajak sepupu2nya je. Tu dia dengan paksdara kesukaan yang rajin melayan dia, paktam.
Potong kek pun dok atas riba paktamnya. Kek tu neneknya yang buat.
Nenek nyanyi Allah selamatkan kimi...Allah selamatkan kimi...
Gambar tak ready, dah aku macam orang jongang je.
Sila cover sikit, hang tu pempuan..
Pulut kuning dan rendang, disedekahkan jugak untuk jiran2 neneknya. Aku pun tumpang gembira jugak, sebab dah dapat makan ni.
Happy birthday to Muhammad Arif Hakimi, moga menjadi anak yang baik dan soleh. Moga berjaya di dunia dan akhirat.

2 comments:

Qastalani® said...

Wahh! Kimi big2 boy now! Umur 4 tahun da bole ajar basuh pinggan da tuhh

LINA said...

dia ni x payah disuruh,memang dia dah pandai pun basuh pinggan sendiri,cuma yang tak tahannya tu dapur hampir nak banjir la