Friday, January 8, 2010

Bila dah sekolah

Kisah dia ke sekolah.

Hari pertama :

Lega mama dengan abah tengok dia semangat nak ke sekolah, tersenyum je. Sebelum pegi sekolah siap breakfast dulu, padahal kat sekolah memang ada sedia makan pagi. Terus abah hantar tanpa ada masalah. Hari kedua dan ketiga :

Inilah keadaan dia lepas mandi dan pakai baju sekolah. Muka masam mencuka. Merengek2 nak ke rumah pengasuhnya semula. Dah mama dengan abah risau. Dalam kereta selepas dipujuk2 oleh abahnya, mujur ok semula, walaupun muka tetap tak berapa nak ceria. Hari keempat :

Moodnya agak baik, bangun pun senang. Lega semula mama dengan abah. Kimi nak mama hantar kimi ke sekolah hari ni. Ok takde hal, mama pun hantar(mama pun lambat masuk kerja). Dalam kereta ok ceria je. Sampai ke sekolah muka dah macam nak sedih pulak. Lepas dia masuk kelas, dia duduk depan muka pintu kelas dan memandang kereta mama sampai hilang dari pandangannnya, dengan muka yang sayu. Mama pun hampir2 nak tersedih jugak.

Bila petang balik sekolah, mama tanya: kenapa kimi duduk je kat pintu tu tengok kereta mama pergi? kimi nak tengok kereta mama je, pastu kimi diam je, pastu kimi rasa mcam nak nangis je..kimi nangis ke? tak..kimi sedih je. Bagus anak mama kalau tak nangis, jangan sebaliknya udah..

Hari kelima (hari ni) :

Bangun pagi muka kelat. Lepas mandi tak nak pakai baju. Merengek2 abah jagalah kimi..Mama pergi kerja dulu. Tinggal dia dengan abah yang uruskannya dan hantar ke sekolah. Dalam kereta diam je pastu menangis sikit. Sampai sekolah tak nak turun kereta. Bila abah angkat terus menangis lagi, peluk abah tak nak lepas. Terpaksa abah suruh cikgu yang tolong pujukkan, sebab abah pun dah lambat nak pergi kerja. Yang mujurnya dia tak menangis beria sampai mengelupur ke, lepas cikgu pujuk2 baru ok.

Fuh! semput kimi mama dengan abah nak ngabiskan seminggu ni.

Minggu depan tak tahulah macamana pulak perangainya nak ke sekolah. Aku rasa sebab dia belum ada kawan baik lagi sebab tu dia rasa tak best je nak ke sekolah.

2 comments:

Qastalani® said...

susah..susah.. karang da dapat kawan. xmau balik umah pulak. nak tido kat skolah

LINA said...

kalau dah macam tu kena abahnya menjemput sambil bawak rotan la pulak