Hari ni aku cuti, bukan ada apa pun cuma nak menghabiskan sisa2 cuti aku yang banyak lagi tu. Rasa rugi pulak tahun lepas aku tak ambik cuti banyak2, bukan apa kalau ikut tahun yang sebelum ni cuti boleh carry foward sebanyak tujuh hari, yang selebihnya company akan bayar, tak tau tetiba bila dah ujung tahun baru nak tukar polisi, yang selebihnya company tak bayar dah pulak, kena abihkan dalam tempoh 3 bulan pertama. So kira rugi la aku kan, sekarang ni orang bagi ke tak aku ambik je cuti tiap2 minggu. Lantak la.
Pagi tadi selepas kimi ke sekolah dan mizan pegi kerja dan hani tak bangun tidur lagi, aku dengan semangat nak berfarmville kat belakang rumah yang sekangkang
ungka kera tu. Tapi kalau kera try kangkang kat situ dua tiga kangkang jugak kut. Tanaman yang basic, yang biasa orang tanam kat belakang rumah macam serai kunyit pandan lengkuas tu memang dah lama ada, cuma yang ni aku nak try tanam benda lain pulak. Balik kampung hari tu mak aku dah bagi batang pokok keledek, suruh tanam.
Belakang rumah aku ni takde la semak mana, tapi nak kena plow baru boleh tanam, buang segala rumput2. Habis segala pokok ubi yang ada aku cabut. Dapat jugak isinya 2 3 ketul.
Nampak tu kan ubi kayu dekat cangkul dan setimbun pokok2 ubi yang telah aku clearkan.
Oh pokok keledeknya tak ditanam lagi, mungkin pagi esok kut. Tengok esok punya progres camne. Dah kata nak berfarmville sangat, tak kan sekerat jalan je kan.
Dan ini pulak pokok kesum yang mak aku tanam baru ni, sukanya hati sebab dah hidup pun. Tak payah nak kena beli dah kan. Dah kata aku tak kerja lepas ni, kena la pandai jimat belanja. Tu pun kalau pokok kesum ni panjang jangka hayatnya.
3 comments:
Wah!!! Haku kayo! Haku kayo!
moge teruskan usaha tuh, jangan setakat hangat tahi itik jek, esok keledek pun tak nampak bayang, he he he, consistent ok baru hasil tanaman menjadi, dah tanam tu jangan lupa siram, baja dan cakap dengan pokok tu.. sihat badan kalau rajin bercucuk tanam ye tak
nanee : wah tanam keledek 10 pokok pun boleh kayo ko?kalau 20 pokok jutawang la
the : karang ada orang ingat budak ni gila dah agaknya lepas berenti keje becakap sorang2 dengan pokok
Post a Comment