Monday, January 11, 2010

Befday party vs kenduri kawin

Cerita hari sabtu sebelum balik kampung.

Paginya ke majlis harijadi anak kawan mizan, kira kawan aku jugak la. Fatihah, befday yang kedua. Meriah jugak majlis. Biasalah kalau ada majlis harijadi, acara yang paling ditunggu oleh budak2 acara potong kek. Kadang tuan punya kek terpaksa ketepi. Ni bukan cakap ke anak orang lain, anak aku sendiri la perangai gitu. Dia pulak yang over jengah muka depan kek tu dengan harapan dapat potong sekali kek tu. Hani memang la terpaksa dipegang, kalau tak 5 jari dia dulu melekat kat kek tu.

Masing2 tengah excited tengok kek. Hingar bingar jap, sementara nak bolehkan befday girl tiup lilin dan potong kek, padahal befday girl tu rilek je.
Ni la befday girlnya, comel kan?
Tapi bila tang makan hilang dah kecomelannya, temasuklah anak aku yang tengah gigit sudu tu.
Masing2 dah comot. Budak besar ni apa la yang retinya kan, cuba kalau dah anak dara nanti, makan tu kalau boleh macam tak buka mulut je, punya la nak kontrol ayu.
Teruk beno aku nengok ke hani ni makan.


Sebelum acara berakhir lebih kurang dalam pukul 12 kami beransur gerak ke kemaman pulak. Ke majllis menyambut menantu, kawan opis aku. Kawan aku yang lelakinya. Sampai dalam pukul 1, majlis biasa je, acara ringkas je. Sekadar makan2 sahaja. Takde gambar. Yang aku peratikan kalau kenduri kawin kat belah sini selalu menunya mesti ada labu air masak masak air. Agaknya dah memang stail orang belah sini kut. Aku belasah je, sedap jugak. Dok jap je, pastu terus balik rumah.

Dah pukul 3 lebih barulah memulakan perjalanan balik ke kampung aku, anta mak aku balik. Kalau ikutkan mak aku cakap, dia tak kisah pun kalau naik bas. Tapi selagi boleh, tak kanlah kami adik beradik ni nak biarkan dia naik bas, walaupun taklah jauh mana. Tak kanlah semua anak2nya sibuk, masa dia muda dia dah banyak berkorban untuk kita, tak kanlah masa dia dah tua ni, anak2nya tak boleh nak berkorban sikit, tepuk dada tanya diri sendiri.

Ni masa kat kampung. Bila masing2 dah takde keje nak buat.



Agaknya bila budak berdua ni dah besar, ada can tak aku dok rilek je. Yang selalu kita dengan orang cakap jangan masa kecik je rajin,bila dah besar malas. Harapnya tak la macam tu.

Eh, tapi rasanya aku dari kecik sampai ke tua ni rajin je..muahahaha..

4 comments:

Qastalani® said...

weekend ni tolong pos budak2 nih datang sini. Nak suroh 'operasi' umah ni.. keh3

LINA said...

begheh..10 minit pertama RM50.00,setiap 5 minit yang berikut RM10.00..servive tax 10%

abah said...

punya la tamak sampai eja service pun dah melalut...nasib baik bukan survive tax

LINA said...

ok la tu ada org tolong betulkan