Wednesday, December 9, 2009

Renungan bersama

Copy paste :

Renungan minggu ini.
Pesanan buat SUAMI (Dr Fadzilah Kamsah)


Untuk lelaki yg bernama SUAMI dan buat rujukan utk kaum ISTERI – Dr Fadhilah Kamsah


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteriyang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
- aman rumah tangga kalau semua suami boleh berfikir macam ni, kadang ada jugak yang jenis lepas tangan untuk memberi nafkah untuk isteri, dengan alasan isteri tu dah ada duit sendiri

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
- jangan tau cakap 'ye' sahaje, padahal apa yg isteri cakap tu tak masuk pun dalam telinga

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
- setiap orang ada citarasa tersendiri, kalau dah kawin belajar2lah menerima cara masakan isteri, tak kan nak semua rasa macam mak masak, biar pun sebelum kawin anda memang anak mak

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih.Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
- betul tu!

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
- ni memang suami yang tak de perasaan

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
- kalau dah malas sangat macam tu dan kalau mampu sediakanlah pembantu rumah, kalau dah tak mampu kenalah sentiasa ringan tulang, jangan ambik mudah je

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!
- dah lah isteri yang memasak, maunya tak hangin!

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu,kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)
- nasib la, hidang teh o je la jawabnya

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
- ada isteri yang tak kisah, ada yang sensitif bab2 saiz badan ni.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
- tak jadi masalah kalau kedua2nya tak kisah

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
-keluarga isteri keluarga anda juga, begitulah sebaliknya

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
- aku masih ingat lagi ex-kelik(lelaki) aku cerita, dia setiap pagi akan membeli breakfast untuk isterinya pergi kerja (dia suami isteri bekerja), minyak kereta isteri akan diisi setiap minggu untuk isteri pergi kerja. bi la aku dengar, wa...kagum jap!
- orang pempuan ni lembut hatinya, kalau sekali suami tak kedekut dengan dia, dia boleh sepuluh kali tak kedekut dengan suaminya,tapiii...dia pun boleh jadi keras hati,sekali suami kedekut dengan isteri, isteri pun boleh jadi sepuluh kali kedekut dari suami (isteri tu pun ada perasaan)

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh,jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
- bertuahlah suami yang dapat isteri baik macam tu

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah,bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
- benda2 kecik nilah yang selalunya menyebabkan isteri tu tak cukup tangan nak buat kerja rumah..sebab sang suami yang suka ambik mudah

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali.Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
-selalunya orang cakap orang laki ni mula2 kawin je rajin, tu lah silapnya, sepatutnya lagi lama kawin dengan dah ada anaknya, dengan kerja rumah yang semakin bertambahnya sepatutnya semakin rajin membantu, ni ada yang pinggan dia sendiri guna pun malas nak basuh! bukan ke perkahwinan tu satu perkongsian?

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteripun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
- simple je..kalau nak orang hormati kita,kita pun kenalah hormati orang tu jugak, give and take

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate,jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
- salah satu sebab terbesar kes perceraian semakin meningkat. syaitan sentiasa sahaja ada untuk jadi orang ketiga

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur?Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan.
-zalim2..

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat.Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
-ada jugak suami yang jenis suka 'ikut lah', bila isteri minta pendapat itu ini, jawapan lazimnya 'ikut lah', alasannya malas nak ber'argue' dengan isteri, sepatutnya bila dah jadi suami kenalah lebih dominan dari isteri(bukan sampai mengongkong).

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas sepertiyang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
-suami tu pembimbing keluarga, kalau diri sendiri dah tak betul macamna nak bimbing anak isteri

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonianrumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
- ye betul!

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati.Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah,perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.
- pandai2lah fikirkan, sedangkan kucing pun boleh tau siapa yang sayang dia atau tak

Allah s.w.t. berfirman"Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu,sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"

Bukan maksud untuk mengutuk sesiapa, tak ada pun manusia yang sempurna, yang baik kita ambik jadikan tauladan, yang tak elok buang jauh2.
Wallahua'lam..

No comments: