Monday, December 28, 2009

Hari ini dalam sejarah - 2

Ha yang ni memang betul kejadian yang berlaku hari ini. Masuk2 opis je terus semangat nak update nih.

Hari ni aku ada urusan kerja sikit kat kemaman. Disebabkan aku tak biasa dengan area situ, so aku ajaklah kelik(lelaki) aku ikut sekali, so dialah yang drive. Dalam perjalanan macam biasalah dok sembang itu ini. Sekalinya tiba2 jalan jem kat area cherating.

Kelik : eh nape plk ni? eksiden ke apa ni, eksiden kut..

Aku : agaknya la..tak pun orang baiki jalan, sebab lorong sebelah kan elok je jalan..

So dok sekung je la dalam kete, tak lama kete jalan. Memang betullah jalan sedang dibaiki. Maka perjalanan diteruskan lagi(panjang plk intronya nak sampai ke point cerita). Rilek je sembang dalam kereta, tak terfikir apa2 pun.

Tiba2..


Jeng..jeng..

Jalan jem sekali lagi, masa ni dah nak sampai pintu gerbang kuning tu, sempadan terengganu.

Kelik : apa plak lah ni, tak kan baiki jalan lagi

Aku : ha'ah la kita ni dah la nak cepat, pukul 1 pejabat kerajaan dah tutup plk dah

Kelik : Ke eksiden..

Aku : (meninjau2 ke depan) bukan la..ada jpj tu

kelik : kalau jpj xpe la, jap je tu

Orang jpj ni dia tunggu kat 2 tempat, 1 lebih kurang dalam 100 meter sebelum pintu gerbang tu, yang kedua betul2 bawah pintu gerbang tu. Yang pertama tu tak cek apa sangat, cuma tengok dari jauh je. So kami pun rilek je la melepasi yang pertama, tiba aku teringat..semalam mizan cakap kat aku ;

ROADTAX KETE NI DAH 2 BULAN MATI..apa yang dia cakap lepas tu dah tak ingat

Baru semalam dia perasan, masa basuh kereta. Hari ni baru dia nak renew. Bila dah tau tu, terus la aku terjerit dalam kete cakap roadtax kete ni dah mati, masa tu tak payah cakaplah berdebarnya camne, aku dah alamak macamne ni, nak teruskan ke tak ni..kelik aku ni cepat2 dia berhentikan kereta kat tepi,kebetulan sebelah tu ada kedai makan tak buka, so bentilah sebelah kedai makan tu. Aku tepon mizan, cite bla bla..tapi dah tak boleh nak buat apa dah sebenarnya. Aku dengan kelik aku ni menenangkan diri jap dalam kete, mencari idea.

Aku : nak buat apa ye?kita tunggu jelah sampai diaorang abih buat roadblock ni

Kelik : sekali yang tu (orang jpj pertama) datang sini kena jugak kita, lagi pun tak tau diaorang ni abih pukul berapa. Tak pelah kita pusinglah semula, boleh lagi ni..

Aku : ye ke? ikutlah kalau boleh lepas

Memang jpj pertama tu nampak jelas sangatlah kami pusing semula kereta, elok je masuk lorong sebelah dengan senang hati jpj pertama melambai ke arah kami suruh ke tepi. Tak kan nak pecut pulak, dah sah2lah dia dah nampak no kereta. Dengan muka kelat kami pun berhentilah kat tepi (other side). Aku dah tak terkata apa, ikutlah apa nak jadi.

Encik jpj1 : buat apa nak larinya..kuar2 tunjuk lesen (mintak lesen kelik aku) hampeh je

Aku dengan kelik aku pun turun la kereta. Muka tu memang tebal tak tau nak cakaplah. Kan jalan tengah jem, memang orang boleh nampak je muka kita, nasib aku bukan artis, kalau tak dah masuk muka depan metro esok,haha..

Encik jpj2 : (tengok ke roadtax dan terus cabut) la..ni dah dua bulan mati ni, besar salah awak ni, jup pegi sebelah sana nak tulis saman

Oklah aku ringkaskan cerita, panjang lagi sebenarnya dialog aku dengan encik2 jpj ni, sebenarnya kat sini ada 3 kesalahan.

1) roadtax kereta dah mati melebihi 14 hari, kereta akan disita,naik mahkamah
2) pemandu mamandu kereta yang dah mati roadtax
3) aku membenarkan orang lain membawa kereta aku yang dah mati roadtax

Kalau ikutkan memang banyaklah $$$ akan melayang, tapi dalam keadaan macam nih kita janganlah panik sangat. Buat selamba je. Bila dah sembang2 dengan encik2 jpj tu aku tak gabra pun, sebab dah memang salah kan. Aku mintak dia caj kesalahan kat aku seorang je, kesian aku tengok kelik aku dah terdiam tak terkata apa. Pandai2lah buat muka kesian sikit. Janganlah jpj cakap ko iyekan sahaja. Buat2lah ramah tanya itu ni. Pastu kalau ikutkan, kereta aku tu encik2 jpj tu nak tarik terus je untuk disita. Kenalah merayu sikit. Ok lepas.

So sekarang aku hanya kena caj satu kesalahan sahaja, roadtax tamat tempoh lebih 14 hari. Kena naik mahkamah. Aku tanya encik jpj tu kesalahan macam aku ni, berapa kena saman. Dia cakap dia tak boleh nak tentukan berapa, tu semua terpulang kepada majistret nanti. Maksimum boleh kena 5k!gulp!, ada jugak yang tak kena langsung, tapi kena amaran keras, aku tak kisah kena amaran sekeras mana pun janji tak payah bayau (bertuahlah kan), mungkin jugak boleh jadi kena 100, 200..terpulang pada budi bicara majistret pada hari tu.

Aku selamba je, sembang dengan encik jpj snap2 je gambar. Tak taulah dia perasan ke tak.

Encik roadtax ni encik ambik ke?

A'ah untuk bahan bukti

Jap ye cik nak ambik gambar untuk kenangan

So see u at the court on 3.3.2009. Oh ye aku kena pergi mahkamah kat kemaman. Mintak2 mood majistret baiklah hari tu. Kalau buatnya dia baru lepas gaduh dengan bini ke..nganga jelah aku kena bayau banyak.

Lepas tu aku teruskan jelah perjalanan selesaikan segala urusan dengan kereta tanpa roadtax. Nasib sempat walaupun dah nyaris2 pintu nak tutup waktu rehat.

Lain kali pengajaran buat aku kat sini, jangan percaya sangat cakap orang. Kereta ni boleh dikatakan aku yang bawak hari2. Yang aku buat tak kisah pun pasal roadtax ni sebab aku ingat lagi mizan cakap roadtax kete ni mati bulan 3 tahun depan. Langsung aku tak jeling pun ke roadtax kete ni, tau bawak je. Dalam kepala dok ingat bulan 3 bulan 3..sekalinya memang betullah bulan 3, kena naik mahkamah. Hambik ko..

.....................................................................

Ada satu kejadian lucu berlaku, masa encik jpj tu tengah tulis saman aku tu. Tiba2 je ada sebijik kereta wira berenti mengejut kat tepi jalan dekat je dengan kami, pemandu kereta tu cepat2 keluar dan terus ke seberang jalan, kunun2 nak beli keropok kat seberang jalan, encik jpj1 yang sedang menulis tu suruh kawan dia tengok kenapa, encik jpj2 ni jeritlah kat pemandu wira tu suruh berenti jap,tapi pemandu wira tu laju je terus melintas jalan sampaikan encik jpj2 tu kena ngekor dia ke seberang jalan, rupa2nya masa encik jpj2 tu mintak lesen dia dah ngaku awal dia takde lesen. Kantoi!. Nampaknya taktik tak berjaya. Silapnya dia berhenti mengejut tu dekat sangat dengan orang jpj tu. Mungkin dia baru perasan ke orang jpj tu. Terberhenti kereta diluar sedar..haha whateverlah, yang penting nasib kami sama je, kena saman.

3 comments:

Qastalani® said...

haha. nanti nak naik court nanti jangan lupa pakai spek hitam. Memang glamer skrg pakai-pakai spek hitam. keh3..

Chenoreans said...

Adoi kene saman aok yek?? Takpe laaa..Skali 2 kala..Hehe..Ade ke roadtax tak ingat nak renew..Isk isk..Tp takpe amik laa gambo encik2 JPJ tu banyok sket..Pastu kabo ke deme. nanti saya upload pic encik2 dlm blog saya..Haaa manalah tahu kot2 bleh dpt point kesian sebab attach muke dedeme dlm tenet..heheheheh....Saboo yek....

LINA said...

Nanee : x leh buat glemer ngat..nanti majistret igt orang kaya,dah kena baya banyak plk, buat selebet je,muka kesian

Apis : tu la pasal pakandak tu, kete orang dia ingat je bila mati rodtax,kete sdri sampai kena saman.
encik2 jpj tu tak baca blog le plk..rugi jek letok muka deme tu byk ngat