Tuesday, December 1, 2009

Aku dan kerja

Bestnya lama cuti. Aku start cuti dari hari khamis sebelum raya sampai hari isnin. Hari ni baru masuk kerja. Bercakap pasal kerja ni, aku dah mula nak mengarang surat nak berhenti kerja dah ni. Iyelah orang lain senang je nak buat surat berenti kerja aku siap kena karang dulu. Macam yang aku cakap sebelum ni kononnya Feb. tahun depan, tapi telahan aku silap, aku akan berkhidmat di company ni sehingga akhir Dec tahun ni sahaja. Genap 7 tahun 10 bulan aku bekerja disini. Macam2 benda aku belajar. Tak terasa je masa berlalu.

Aku nak rekodkan semula macam mana aku boleh dapat bekerja disini dan serba sedikit pengalaman pahit manis aku bekerja dengan company ni. Aku habis belajar pada akhir tahun 2000. Masa mula habis tu macam biasalah ke hulu ke hilir mencari kerja. Alhamdulillah aku takdelah menganggur lama untuk mendapatkan kerja. Peluang kerja di KL memang mudah (aku rasa), yang penting janganlah memilih sangat. Walaupun kerja2 yang aku dapat tu bukanlah bidang yang aku belajar, tapi tak kisahlah, masa tu yang penting nak dapatkan sebarapa banyak dulu pengalaman dalam dunia pekerjaan ni, dan yang lagi lagi penting semestinya nak dapat income sendiri.

Alkisahnya aku boleh kenal dengan bos aku ni, masa tu aku bekerja di sebuah syarikat O&G jepun, kerja yang aku buat disitu pun bukanlah bidang aku, tapi belasah je. Kebetulan pada masa tu bos aku ni companynya seconded kat tempat aku kerja tu. Daripada situlah aku mula kenal dia. Aku bekerja dengan company jepun tu lebih kurang 2 bulan je, pastu bos aku tu ofer aku kerja disyarikatnya untuk buat akaun dan admin. Aku dapat keje kat situ pun senang je, tak payah nak interview beria pun, sembang2 sikit je. Kat sini barulah aku buat kerja dalam bidang yang belajar, akaun. Banyak sangat perkara yang aku belajar. Daripada zero dah bermacam yang tahu. Bukan setakat dalam akaun, tapi macam2 lagi. Tapi sekarang aku rasa akaun aku macam dah zero semula(rugi betul la) sebab dah 3 tahun aku kerja kat kuantan ni memang dah tak usik langsung pasal akaun.

Ok sambung semula cerita dulu2, dalam masa yang sama aku still lagi buat part time kat company jepun tu, sebab target aku masa tu nak beli kereta. Setiap hari hidup aku hanyalah kerja. Keluar hari gelap balik rumah pun hari dah gelap. Rumah sewa aku tu ibarat tempat tidur je. Aku bukanlah dari keluarga yang senang, nak beli apa2 boleh mintak je duit, even masa aku belajar pun aku sanggup bekerja masa cuti semester sebab nak beli motor secara tunai, of course la 2nd hand, untuk ulang alik dari kampus ke rumah sewa. Alhamdulillah akhirnya setelah 6 bulan bekerja disitu aku berjaya membeli sebuah kereta. Bukanlah kereta besar, hanya sebuah kancil. Perjalanan aku nak pergi kerja dari Cheras - Jelatek lebih mudah. Bab jem tu tak payah cakap la, cuma yang mudahnya aku tak perlu berebut2 naik lrt dah, cheras-masjid jamek-jelatek.

Inilah my 1st car, kancil 850, dibeli pada bulan 8 tahun 2002. No WKF 8069. Kereta ni dah dijual kat orang kuantan jugak. Gambar ni adalah gambar terbaru ,kereta ni mizan terjumpa semalam. Dia memang rajin ngambik gambar kereta ni kalau terjumpa, nak tunjuk kat bininya..haha.

Bos aku ni memang baik jugak dengan aku. Lagipun masa tu staffnya tak ramai mana pun. Boleh dikatakan aku antara orang kepercayaan dia matila perasan sendiri. Bos aku ni jenis yang tak berkira kalau dia dah percaya. Aku ingat lagi masa 1st time company ni buat family day di genting, untuk hadiah cabutan bertuah setiap staff akan dapat, tapi hadiah aku dah ditetapkan terlebih dahulu, bos siap tanya aku nak apa, aku malu2 beruk la masa tu nak mintak apa, last2 bos aku suruh aku ambik tv 21'. Masa tu mana ada lagi tv lcd ke apa, orang dah bagi ambik je la kan, kalau ada nak jugak, hehe..banyak songe kalau ada ex-kelik aku yang terbaca ni jangan marah noo... Cabutan tetap diadakan macam biasa, tapi aku tak excited mana la sebab dah tau apa barangnya.

Hmmm..ada kerja lain la pulak, nanti aku sambung lagi....

No comments: