Tak sangka diam tak diam dah setahun usia blog ni,7/11. Tak sangka panjang jugak hayatnya. Sebenarnya tujuan asal nak buat blog cuma nak cerita kisah anak2 dan family je, tapi selalunya termelalut jugak cerita ntah hape2. Bila baca semula kisah2 lama rasa banyak benda yang boleh diingat semula. Ye la kalau takde benda ni rasanya aku tak ingat pun apa yang berlaku bulan 12 tahun lepas(w/pun bukan semua). Boleh baca semula perangai anak2 yang dulu2, rujukan untuk aku dengan mizan sebab kami je yang paham cerita yang sebenarnya.
Masa mula2 dulu rasa malu je bila tau ada orang lain jugak baca (macam la ramai sangat). Takut je orang akan fikir ntah hape2 je dia ni menulis. Malu ke diri sendiri. Malu orang tau aku buat tu buat ni, anak aku macam tu macam ni, terutama orang yang kenal akulah. Tapi bila difikirkan buat apalah nak rasa malu..bukan pun aku tulis benda yang memalukan pun. Cuma cerita biasa2 je, banyak pasal budak berdua tu je.
Adalah jugak aku dengar orang cakap alah beli benda tu pun nak masuk dalam blog, tu aku rasa orang tak paham pasal blog. Blog ni tak kisahlah ko nak tulis pasal apa, as long tak mengganggu gugat ketenteraman orang lain/negara/melanggar akta tertentu. Ibarat buku diari ko lah sebenarnya, cuma ni versi boleh dibaca oleh orang lain. Cara penulisan/cerita tu terpulanglah.
Ramai orang cakap dari berblog ni boleh dapat ramai kawan, tu memang betul. Tapi aku setakat hari ni takde kawan pun hasil daripada blog. Sebab sebenarnya aku tak bagitau pun sesiapa aku ada blog. Blog yang aku suka baca banyak sebenarnya, tapi satu pun takde yang dilistkan. Tak pernah meninggalkan komen kat blog sape2, kecuali blog nanee dan apis. Dalam erti kata yang lain, aku tak pernah cuba nak mendapatkan kawan daripada blog (dah la aku takde kawan sangat pun kat kuantan ni). Bukan aku sombong, tapi aku segan (ntah hape2 je kan, tadi dah kata tak malu). Kawan2 yang selalu komen kat sini pun memang dah sedia aku kenal bukan melalui blog. Pengomen yang paling banyak karipapsayur dan chenoreans. Terima kasihlah sudi membaca blog aku yang ntah hape2 ni..hehehe.
Sebenarnya apa yang aku tulis ni cuma apa yang aku rasa sepanjang setahun aku 'terjoin' dunia blog ni. Harap2nya blog ni akan panjang umurnya. Aku sayangkan blog ni, cuma aku ni bukanlah blogger yang tegar sangat. Sekadar suka2.
8 comments:
stahun dah yek..bile nak buat kenduri doa slamatnye...??
Berdoa dalam hati je..payoh nk knduri2 ni
happy 1st anniversary. patut buat giveaway. itu tradition biasanya! =)
TQ!
hahaha cadangan yang lawak tu nanee..nak buat giveaway untuk sape?yang baca pun 2 3 kerat je, lain le karipapsayur hit tinggi
hoeh. jangan underestimate blog sendiri. mesti ada. start dengan giveaway, inform ke http://my-giveaway.blogspot.com/ . Dia bole tolong. Try le. X cuba x tahu. Try bagi yang simple2. x payah membalut beria dalam kotak. masuk pos ekspres pun cukup
=)
Macam malu je plok..hahaha
Tengok le camne..
ohh.. nanee memang jenis muka x malu.ngeh3
tup tup follower memuncak 90++
tu lah nak jadi tak malu tu lah yang payahnya..xpelah blog ni jadi blog syok sendiri je la..hehe
Anyway happy besday ke 25 yek,muda lagi tu, nak komen kat blog nanee uiii..bejaman nak buka part komen tu,kadang hang gitu je.
Post a Comment