Thursday, November 19, 2009

Ni dah kali ke3, kalau lepas ni ada cite pasal ni lagi, tak tau le..

Kesinambungan dari cerita ni, sebenarnya kalau diikutkan masalah dengan pengasuh memang dah settled. Pengasuhnya sanggup je nak jaga lagi hani sorang. Aku dah lega sangat dah pasal tu.

Tapi yang ni memang tak dapat nak dielakkan, memang aku terpaksa berkorban jugak untuk berhenti kerja. Notis rental termination untuk dua2 kilang tempat aku kerja ni memang dah dihantar ke landlord. So, memang dah pasti dah tu. Bulan Februari tahun depan akan ditutup. Kilang yang baru akan dibuka di Teluk Kalong. Kalau orang terengganu tahulah teluk kalong tu kat mana, atas lagi dari kemaman. Kalau aku nak ulang alik jauhnya +- dalam 100km. Tak sanggup. Disini kenalah ada kehendak melepas. Aku nak lebih masa dengan family terpaksalah aku lepaskan income aku tiap2 bulan :-(. Lepas ni no more ariani ye..hehehe.

Kalau aku nak kerja jugak boleh je, tapi yang pastinya tiap2 hari jangan harap la aku dan nak memasak. Cuti kena ikut terengganu, jumaat sabtu, ahad keje. Ishh tak bestnya..kalau laki bini cuti sama xpe jugak. Kalau nak kemana2, balik kampung ke memang payah le. Kalau aku nak senang aku fikir je macam ni.. i'm not the leader for the family. Dah jadi keWAJIPan untuk ketua keluarga untuk sediakan segalanya (ikut kemampuannyalah kan). Tapi aku ni kira jenis yang berhati perut lagi la..eceh!. Memanglah orang selalu cakap, kalau bini tak kerja ni payah sikit, nanti kalau apa2 jadi kat suami dah takde tempat nak bergantung. Aku pun takut jugak bila fikirkan macam tu, tapi kenalah ada financial planning yang betul. Tak perlulah nak cerita apa dia. Mizan ni kalau bab nguruskan duit memang dia lagi advanced sangat dari aku(jangan kembang pulak ye kena puji). Dalam erti kata yang lainnya pulak lebih berkira2 sikit (ni bukan ngutuk ye). Selalunya orang lelaki macam tu kut, w/pun ada jugak yang lagi boros dari isteri. Aku memang reti belanja je.

Apa ye aku nak buat kalau dah berenti kerje.....nanti jap nak fikir untuk yang ke berapa ratus kali dah ni......??????

Cerita sikit.

Teringat mak aku cerita, masa raya hari tu, ada orang tu tak belikan pun baju raya untuk isterinya(isterinya tak kerja), tapi untuk dirinya sendiri dan anaknya seorang boleh pulak habis beratus(kira banyak la tu) untuk baju raya. Isterinya mestilah anginkan. Ambik..raya tu, ko raya rumah makpak ko aku raya rumah makpak aku. Isterinya ngadulah jugak, selama ni makan minum lakinya dia jaga, gosokkan baju, buat semua, tapi nak belikan baju raya untuknya pun tak terbeli. Jangan main2 kalau hari raya orang pempuan ni sensitip sikit. Ye dok?

Ntah la aku pun tak paham nape boleh jadi macam tu. Samaada lakinya sengaja tak nak belikan ke, atau dia tak tau apa tanggungjawab dia. Kadang orang laki ada jugak yang ambik mudah je bab2 gini. Dia rasa kalau dah sediakan makan minum kira dah ok. Aku ada terdengar ceramah, ustaz tu cakap orang lelaki ni dalam gaji dia tu mesti ada bahagian untuk isterinya, tak kiralah walaupun isterinya tu bekerja apatah lagi kalau isteri tu tak bekerja kan. Tak semestinya banyak. Agaknya dia ingat kalau isteri tak bekerja duduk rumah tu, dok melepak je agaknya. Aku cukup hangin kalau ada suami yang fikir macam tu. Cuba ko dok sehari kat rumah jaga anak, basuh baju, masak, kemas rumah, buat semuanya macam isteri tu buat...agaknya anak kemana, masak ntah kemana, ko ngangkang ntah ke mana. Unless isteri ko memang tersedia maklum seorang yang sangat pemalas, tu aku tak mau citelah.So kesimpulannya janganlah kedekut sangat dengan isteri. Pepatah orang chenor ada cakap What you give is what you get.

Dalam hadis pun ada, daripada ibn Abbas r.a baginda bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik kamu ialah mereka yang baik dengan isterinya, dan aku adalah orang paling baik dengan isteri-isteriku”. (riwayat al-Tarmidzi, Tuhfatu al-Ahwaziy, jld:4,hlm:325).

Eh tapi jangan ambik perkataan 'isteri-isteriku' tu sahaja ye. Wassalam.

3 comments:

Qastalani® said...

"isteri-isteriku" ok ok. wa suda paham looooo..

ini macam kena buat bisnes sampingan nih. kan ada "Work At Home Mom". Income bole masyuk wohh.. jual tricajus juga bole kencang.. ngeh3

LINA said...

memang plannya gitu, tapi tengok la camne dulu, bab2 nak buat marketing ni x reti sikit, bendanya dah ada..

p/s: pagi tadi ternampak merpati sejoli stream hijo tgh b/fast kat gebeng :)

Qastalani® said...

haha.. itu bukan merpati lagi dah. burung bangau haa. papa keje arini.