Monday, November 9, 2009

Lagi!

Sekali lagi.

Lebih memalukan.

Tak tau nak letak muka kat mana.

Malam semalam, masa baru sampai rumah dari kampung, aku dah masuk rumah angkat barang2. Kimi dengan mizan kat luar rumah lagi baru nak masuk,kebetulan masa tu jiran aku depan rumah baru sampai jugak,mungkin baru balik kerja. Tak semena2..

Cina!

Aduh..budak ni sekali lagi dia jerit gitu. Mizan nak cover malu, cepat2 marah kimi jangan panggil macam tu..panggil uncle..

Uncle!

Pastu terus dia masuk rumah, gelak2. Aku? walau dah masuk rumah terasa malu sangat2..macamna la aku nak cakap dengan budak ni. Kena jugaklah marah dengan aku, tapi selamba je dia jawab..betul la dia kan cina..

Rasanya aku penah cite kat dia dulu pasal anjing, aku cakap kat dia kita orang islam ni tak boleh sentuh anjing, jiran kat depan rumah kita tu cina sebab tu dia boleh bela/pegang anjing. Panjang lebarlah Q&A masa tu, aku pun dah lupa apa, tapi tak sangka pulak CINA tu sahaja yang dia boleh ingat.

Sekali lagi aku fikir...haih apalah pulak kali ni orang tu fikir..

Ini budak aa.. always make my blood go upstairs and go downstairs..haha


Macamnalah agaknya kalau jiran depan rumah aku tu india, dan aku ada tersilap sebut perkataan ke****. Arrr...tak sanggup aku nak bayangkan.

5 comments:

Qastalani® said...

blood go upstairs downstairs xpe. jangan blood pecah keluar ikut bumbung sudahh.

LINA said...

kalau dah sampi gitu memang parah sgt dah tu

abah said...

1Malaysia....

Chenoreans said...

jgn di sebut KE****....kang kene mandrem ngan minachi susah plaks

LINA said...

Uii..mintang simpang..