Monday, November 9, 2009

Hari yang bosan

Menu diner kamis lepas, dah berkurun tapi nak letak jugak. Masakan yang sangat2 simple, ini pun kira mujur dan masak, walaupun simple yang penting semua habis licin.

Goreng sawi udang

dengan Singgang tenggiri


Kalau ada sambal belacan ke lagi kick, tapi rumah aku ni memang tak hidup pun cili api,kadang beli 50 sen pun tak abis, kering saje dalam peti. Cili besar pun setakat buat goreng sayur, tu pun buat hiasan semata, tak dimakan pun.

Adat orang dah kawin, ada yang isteri terpaksa mengikut taste suami, ada pulak yang kena ngikut taste isteri. Contoh macam ada kawan tu, orang ganu kawin dengan orang melaka, kena la tahan lidah hari2 bini masak pedas(nasib dapat suami yang banyak komplen). Lama2 jadi biasa jugak. Macam aku ni masa bujang dulu memang kuat pedas dan kuat masin. Kalau masak maggi isi cili api tu sampai rasa berpinau jap, betul, memang suka sangat pedas, puas hati dapat makan pedas2 gitu, walaupun kadang menyeksa diri.

Kira aku ni kategori isteri kena ngikut taste suami. Sekarang dah jadi kurang masin dan kurang pedas. Kadang2 aku rasa dah ok, tapi orang lain cakap tawar. Padahal dulu kalau masak mak aku selalu cakap lina ni kalau masak macam nak bagi makan lembu (lembu kan suka makan garam) Lagi pulak mil aku memang tak kuat masin. Kalau masak apa2 nak bagi dia kena bagi anak dia rasa dulu, kalau anak kata ok, maknanya ok la tu.

Samalah jugak dengan perkara2 lain. Perkara yang dah jadi rutin kita sebelum kita berkahwin. Ada yang senang untuk kita ubah, tak pun sebaliknya. Banyak benda yang terpaksa dikorbankan kalau sayangkan rumahtangga. Kalau rasa dah tak boleh nak berkorban mungkin hidup sendiri tu lebih baik sebelum ada sesiapa yang jadi mangsa korban.

Kesimpulannya tak lama lagi dah nak raya korban, kalau mampu buatlah korban agar ramai yang dapat merasa pengorbanan tersebut.

Kalau orang yang baca ni rasa ntah hapa2 je aku tulis ni, memang betul la tu. Aku tengah merapu je ni..muahahaha..

2 comments:

Chenoreans said...

kire masakan yg TERBEST laaa ni....nampak cam sedap jerk.....

LINA said...

Bukan la terbest..ada lagi yg lebih sedap..haha..w/pun bukan terbest licin jgk seperiuk nasi