Friday, October 23, 2009

Kadang2 kita tak tau sebaliknya

Uitt..makin hari makin malas nak update. Bila buka je blog konon nak update mula la jap lagi la..masuk fb jap..masuk semula blog, pastu eh jap lagi la..baca jap emel, sampai ke sudah kejap2..last terus malas. Bila dah sehari malas terus jadi berhari2 malas, camne tu?konon nak berblog sangat..

Alasan yang makin kukuh sekarang ni kat opis intenet dah didowngrade..mak aii..lombab ngaloh ke siput, ke siput yang lagi laju. Buat sakit hati je. Kalau kat rumah uii lagi payah dengan bebudak ni..sambil menaip ni pun kimi tangan dia sama naik je nak menekan. Nasib baik hani dah tido, kalau ada dia lagi la..main tarik apa yang dia tercapai. Cara yang paling senang untuk tak menyakitkan hati sendiri off je lappy, simpan, buat kerja lain. Budak2 ni bukan boleh tengok makpaknya nak dok berfacebooking sikit, ada jelah benda yang dibuatnya nak bagi menyirap.

Sebenarnya banyak jugak cerita, yang nak diceritakan..tapi nampak gayanya tinggal cerita jelah. Nasib baik esok dah jumaat..tak kisah sangat tido lambat. Cuba kalau esok isnin pukul 9++ tu dah rasa letih sangat dah, phsyco je sebenarnya tu, sebab dah set dalam kepala tak suka hari isnin sebab lambat lagi nak tunggu weekend..haha ntah hapa2 je. Kalau nak cuti je, tak payah keje la lina oii..tapi kalau tak keje sapalah pulak yang nak bagi gaji kan?Memang la kan, kalau boleh semua orang nak gitu,tak payah kerja tapi tiap2 bulan dapat gaji,ado ko? ko mimpi je lah..

Ha..bila cerita pasal mimpi ni, aku pernah bermimpi masa dalam bulan syawal hari tu, mimpi yang payah aku nak lupa. Ini serba ringkas yang aku ingat. Sebenarnya panjang lagi.Dalam mimpi tu aku pergi memancing dengan de dan teh, pastu mak aku ada sekali.Naik perahu. Seronok je mancing sebab dapat banyak ikan. pastu macamna ntah aku boleh dok sorang dalam perahu tu, tiba2 perahu tu karam dan aku tak dapat diselamatkan,jadi arwah.Kan orang cakap kalau selepas nyawa kita dicabut kita dapat tengok orang2 yang hidup ni menangis ke hapa kan. Masa tu aku dapat tengok mak aku macam tak percaya je yang aku dah mati, mak aku asyik cakap ya Allah betul ke anak aku dah mati ni..sebab perkara tu berlaku depan mata dia, pastu aku dapat tengok teh tefon mizan cakap aku dah meninggal,tapi mizan dalam keadaan tak percaya boleh gelak2, cakap teh bergurau je.Masa tu betapalah aku ni sedihnya,melihat orang yang aku tinggalkan. Dalam masa tu aku merayu pada Allah supaya hidupkan aku semula, aku nak bertaubat betul2. Tapi masa tu aku sedar yang semua tu dah tak berguna. Pastu aku tengok hani, masa tu lagilah aku sedih sebab tinggalkan anak yang kecik sangat lagi, masa tu aku merayu lagi pada Allah supaya aku dihidupkan semula untuk aku nak besarkan anak aku betul2. Sedih yang tak dapat nak digambarkan pada masa tu. Aku nampak lagi mak aku yang masih lagi tak percaya aku dah tak ada. Kemudian tiba masa yang paling ditakuti bila 7 langkah orang meninggalkan pusara, maka tibalah sesi soal jawab atas amalan kita di dunia..betapalah takutnya, mampukah aku nak menjawab setiap soalan yang ditanya?.....tiba2 aku tersedar,dan yang pastinya masa tu memang aku betul2 menangis. Bila dah sedar tu..cepat2 bersyukur sebab aku sebenarnya masih hidup lagi. Alhamdulillah rupanya hanya mimpi. Tak pernah aku mimpi setakut tu,memang real sangat rasanya. Mungkin aku dah terlebih lagho..sebab tu dapat mimpi macam tu,supaya banyak2 mengingatiNYA. Membanyakkan lagi amalan kerana sensungguhnya mati tu tak akan cepat atau terlambat walau sesaat bila sampai masanya. Sadis kan mimpi aku tu?

Fuh! dah lama tak berjaga selewat ni, biasa pukul 10++ memang dah kong. Sekali diwar2kan ye..esok hari jumaat,memang tak rasa sangat ngantuknya. Tapi kena jugak tidur ni, sebab selagi aku tak tidur selagi tulah kimi tak tido, bukan bapaknya ye..bapaknya dah lama krooh,haha..kimi ni bukan apa, dia tahan jugak matanya dari tido sebab dia nak shut downkan laptop ni, kalau tak dapat sampai ke pagi esoklah dia ngungkit.

Wassalam..

2 comments:

Chenoreans said...

nabi pnh cakap, org yg paling cerdik n pandai itu ialah org yg slalu ingat mati.maka syukurlah bile dijelmakan mimpi sedemikian, krn tuhan nak hint kat kite spy banyok sket ingat ke dia.tu tnda dia syg ke kite..heheh..dulu2 org tue pnh cakap.sape mimpi mati tu alamatnye pjg umo...hehehe..moga pjg umo...

LINA said...

Amin..:-)