Tuesday, October 13, 2009

Episod raya last

Demi cintaku padamu
Kemana pun kau kan ku bawa
Ke hujung dunia
Ke bintang kejora

Inilah lagu feveret kimi,tapi dia nyanyi dalam versi dialah.Kalau dalam kereta dia boleh melalak nyanyi lagu ni sampai rasa nak terkeluar taik telinga..haha Yang boleh buat dia suka sangat lagu ni sebab intro lagu ni macam ada bunyi kapal terbang,dia kan fanatatik sikit benda2 alah tu.

Lagi satu kalau dapat gitar,pandailah dia menggoreng.Taktaulah camne dia boleh suka,padahal tak penah pun belikan gitar ke,even gitar mainan. Ada video masa dia tengah main gitar sambil nyanyi lagu ni,nanti kalau ada masa aku uploadkan.

Slow betul la aku ni,tak abih2 lagi cite raya. Ni aku cite sekali harung je,nak abihkan semua gambar2 berhari raya.

Aku balik ke kuantan raya ke3, esoknya raya ke4 kami ke johor pulak dengan mil dan bil ke rumah abang sulung mizan.Kira ni beraya belah mizanlah pulak.


Ni masa kat johor rumah abang ipar.



Ni le abang sulung mizan,yang amat digeruni oleh kimi,paklong. Dulu kalau dia dengar suara paklongnya dalam dalam tepon pun dia boleh terus behave. Kalau diacah2 nak tepon paklongnya pun dia takut.Tapi sekarang dah kurang sikit takutnya sebab dia pun dah makin besar.

Bersama dengan anak bongsunya, ayu.



Kimi kat mana pun mesti kapalterbang jugaklah yang dia cari.Esok mizan akan ke china,elok je dia pesan nanti abah beli kapalterbang beeesar sangat untuk kimi tau,yang ada remote tu..Kalau ye abah belikan rezeki ko la kimi (untuk dijahanamkan).


Selain untuk beraya,misi aku ke sini adalah nak cari nasi ambang(ambeng).Dah bape kali datang tak penah dapat.Kali ni tak kira nak jugak rasa(kunun la).Nak cari orang jual kat area rumah dia tu memang takde lagi,orang beraya lagi.Kununnya tak nak menyusahkan sil mizan,my biras masak nasi ni,tapi dah disebabkan takde dia dengan rela hati nak masakkan.Dia memang pandai memasak,lagi pun memang keturunan jawa johor pun,setakat masak nasi ambeng tu memang takde halnya.
Nasi ambeng yang dia masak ni memang sedap,tapi tak berapa nak complete sebab tak cukup bahan.Contohnya macam tempe,takde.



Masa makan memang sedap,aku siap bertambah2 lagi.Tapi masa malamnya on the balik ke kuantan aku rasa nak muntah,perut memulas.Sebelum sampai ke rumah separuh nasi ambeng terpaksa dikeluarkan kat shell IM tu,bila sampai rumah je gelodak dalam perut pun terpaksa dikeluarkan semua.Sampai muntah dah tak keluar apa.Terus flet aku malam tu.Tak taulah salah nasi ambeng ke atau perut aku tak dapat nak terima makanan yang macam tu,mungkin bukan perut jawa.Takpe lain kali kalau datang lagi ke johor aku nak try lagi,kalau resultnya sama jugak..bawak2lah bertaubat.

...................................................................................

Raya ke13 kami ke Melaka pulak.Kali ni perjalanan adalah ditaja oleh penaja yang amat bermurah hati.Ke rumah kakak pengasuh anak2 aku.Dia buat open house.Sesambil tu ada biz talk sikit.Ha..sebab tu perjalan kami ditaja,bukan taja sebarang taja ye.

Makanan memang mabeles sedap,dengan soto,nasi himpit,lodehnya,rendangnya..super sedap sebab yang masak ni memang orang johor.Pengasuh anak2 aku ni orang johor.Gambar2 makanan sogan la nak ambik.

Untuk kenangan gambar budak2 je yang main kat laman.





Kami ke sini balik hari je,malamnya bertolak balik,tak terus balik balik ke kuantan sebab driver kepenatan.Singgah bermalam kat rumah mak aku dulu,ahad esoknya baru balik ke kuantan.

So itu ajelah cerita raya tahun 2009.

No comments: