Friday, September 11, 2009

Sesado je

Setelah hampir 2 minggu tak memasak nasi (untuk berbuka & sahur) semalam baru berusik semula beras. Selalu beli sahaja atau masak selain nasi.

Pelik pulak semalam aku telebih rajin, dah la bebuka sorang2, rajin pulak nak masak nasik. Sebenarnya rajin ada sebab, sayang sayur2, ikan, udang dalam peti dah jadi kayu. Nak tak nak masaklah jugak..

Masak simple je.



Sambal udang dengan tempe Goreng kobis + brokoli
Talapia bakar dalam oven


Walaupun makan sorang2 seleralah jugak. Ke sebab lapar..? Bahan2 kat atas ni semua dah hampir seminggu dalam peti, kecuali ikan tu je dah 2 minggu kut. Kalau tak dimasak jugak alamatnya selamatlah dalam tong sampah. Ada lagi sayur2 dengan ayam yang nak diperabihkan sebelum cuti panjang nanti. Tengok la nanti kalau rajin selamat masuk perut.



Ini adalah penambah selera, yang dok ngacau aku makan. Menu yang paling besar. Elok je tersadai atas meja depan makanan. Sambil aku makan jap2 terjerit ke dia, jap2 terjerit ke kimi. Semua tu membuatkan lagi cepat aku kenyang.
Tu je.

Di version yang lain orang tu sedang makan dengan aman bersama kawan2nya.

No comments: