Wednesday, August 5, 2009

Makan ikan tak sedap

Lepas dari kenduri Ja tu pegi check in dulu, rilek2 dulu, pastu baru kuar berjalan2 ke bandar KT.





Kalau dah sampai ke sini tak kan tak ke Pasarraya Payang kan..

Padahal takde la nyoping apa sangat pun, setakat cuci mata tengok sutera suteri je. Pusing2 sutera jugak yang nampaknya.

Pegi ke bahagian bawah beli kacang2 n kopok2 je n lain2, padahal kat kuantan macam takde. Ate ke dah berpeluh2 keti berjalan tak kan tak beli apa2 pun kan..buang maso jo..
Sampaikan budak ni terlopong kau tido, kononya penat sangat. Padahal orang dukung tu lagi penatnya, nasib baik malamnya tido tak melopong..hahaha..
Hasil rembatan
Lepas tu ke masjid yang glemer kat ganu, masjid kristal. Kununnya nak masuk ke tempat replika masjid2 tu, tapi tak jadi sebab ramai sangat orang yang Q nak masuk ke situ, lagi pun masa tu hujan renyai2.

Masjid kristal, luar nampak besar tapi dalam tak besar mana pun.
Kimi tu sebenarnya tengah terjerit2 nampak apa ntah dalam air tu. Selamba dia je terjerit2.
Bila dah lama berjalan perut pun keroncong, dah last makan kat rumah pengantin pukul 1230, mahunya tak keroncong dah petang hari.

Kununnya semangat nak makan ikan goreng tepung, mizan ni roger2 la kawan dia orang ganu tanya kat mana yang best. So dah tau destinasi kami pun menghala ke situ, sanggup meredah jem semua.
Kimi tetap dengan perangai dialah, tak reti dok diam. Orang duduk kat situ dia pandai2 je buat aksi bebaring pulak.

Tapinya...
Rasa tak bebaloi datang jauh2 makan kat sini. Tak SODAP, KOTOR. Ikannya tak fresh. Air kelapa boleh ada lalat sekor tengah swimming kuak lentang. Tu mungkin boleh dimaapkan, mungkin masa dia potong kelapa tu dia perasan lalat terbang masuk. So tukar jelah kelapa yang lain. Pastu yang satu hal lagi yang aku cakap tempat ni memang kotor, boleh 4 pinggan yang dia anta untuk makan ikan tu, 2 yang last tu penuh dengan telur lalat. Nampak sangat ko tak basuh pinggan ke apa. Paham tak apa yg aku cite ni?


Tapinya...
Bape banyak tapi da..walaupun gitu abih jugak tu kitaorang makan..muahahaa..tak baik membazir.

Kedai ni kat pantai Teluk Kepayang.

2 comments:

Qastalani® said...

mungkin lain kali patut try minum air buah gelas besar kat area Tok Beng. Besar gelas nye, bole kongsi 5-6 orang! Itu bole jadi tahap akuarium tuhh.. RM35 rasanya p dulu

(Sila jangan cari lain kali okay.. Nanee x mau nama Nanee terbit lagi karena beri information tdk berapa tepat -kes biskut roti keras itu. Nanee pun dpt orang memberi dr Sg Lembing!)

kekekkekekekek

LINA said...

Uitt macam minum dalam tempayan je..haha
Ntah bla plk nak sampai kesana lg.

No halnya..:)