Tuesday, August 25, 2009

Dah rasa dah..

Sibuk sangat berkebun sekarang ni..cari duit raya..hahaha
Sampaikan nak buka blog pun malas.

Ni cerita last day sebelum puasa, hari jumaat. Akibat daripada terpengaruhterliur dengan cerita makcik jah ni pasal roti arab, dan2 tu jugak aku roger mizan suruh tolong beli. Nasib senang je dapat.

Pagi tu dengan semangat aku menyediakan breakfast (kalau tak jangan harap la), punya la nak rasa roti arab ni. Nak cicah kari ke dal ke, memang tak merasa la. Aku buat yang biasa aku buat je. Potong2 salad mandikan dengan mayonis. Roti tu belah dua dulu pastu baru panaskan dalam kuali. Angkat pastu letak je salad banyak2 dah jadi macam super burger pulak.




Super burger salad, besar kan


Ni pulak percubaan nak buat ala2 kebab tapi tak bape jadi sangat sebab roti lembut sangat, payah nak di belah tengahnya. Ke aku yang silap pi panaskan dulu roti ni baru belah
Satu untuk kau, satu untuk aku


Roti ni memang sedap dan besar, kalau makan satu memang boleh kenyang sampai ke petang utk yg tak kuat makan. Dah 4 hari kita berpuasa ni, 3 harinya kami hanya bersahur dengan roti ni. Cara penyediaan yang sama, cuma salad je tukar2. Mengenyangkan dan berkhasiat. Sangat sesuai untuk orang yang malas nak masak macam aku ni..hehe(nasib laki den suko makan ni).


p/s : kalau nak beli baik jangan beli kat TM beserah tu sebab yang kitaorang beli terbaru ni rotinya tak berapa elok sebab dia letak kat tempat sejukbeku tu bertindih2 menyebabkan roti tu jadi hancur bila nak masak w/pun dah lama dikeluarkan dari fridge dan roti tu melekat antara satu.

2 comments:

Qastalani® said...

silap tuhh.. "Setengah untuk kau, satu untuk haku" HAHAHA

p/s: Layan Farmville ke FarmTown? Atau Barn Buddy?? keh3.. diriku jua samaa!

LINA said...

Pandangan sisi atas nampak macam setengah..sebenarnya satu jugak,sbb potong dua.Kena sama rata takut nnt tak berkat pulak (cekonon!) :-p

Layan Farmville, ketagih plk dah, sari x ke kebun tak sah..he2

Nani main ketiga2 skali ke? buntang mata kang