Wednesday, July 29, 2009

Menggalak anak membaca

Ambik dari sini

7 cara menyerlahkan kebolehan membaca anak anda.
Sumber : Scholastics, dialih-bahasa oleh Nini Hadi

1. Baca kuat-kuat bersama anak anda. Carilah satu tempat yang sesuai untuk duduk sama membaca bersama anak untuk 30 minit setiap hari. Bergilir-gilir membaca muka-surat sambil membimbing anak anda dengan ayat yang susah. Bacalah buku yang agak susah untuknya tetapi yang menarik minatnya.

2. Galakkan segala jenis pembacaan. Komik dan majalah akan memberi kepelbagaian stimulasi pembacaan kepadanya. Asalkan ia adalah sesuai dengan umur jangan halang minatnya. PASTIKAN MENYIMPAN PELBAGAI BUKU YANG BERFAEDAH UNTUKNYA MEMBACA DI RUMAH.

3. Simpan satu kamus. Gunakannya untuk rujukannya dan tolong anak anda mencari perkataan yang dia tidak faham serta berikan penjelasan kepadanya untuk meningkatkan kefahamannya.

4. Gunakan buku-buku berinformasi. Cuba galakkan anak-anak merujuk kepada buku-buku daripada internet dan ajarkannya bahawa buku lebih berinformasi dan bermaklumat terperinci.

5. Bincang tentang buku yang dibacanya. Tanyalah anak anda apakah tema buku itu. Bagaimana watak-watak dalam buku itu sama atau tidak, apa yang digemari olehnya dan tidak tentang buku itu. Kongsi pendapat anda.

6. Jangkakan daya pemahaman yang lambat. Anak anda akan mengambil masa yang lama untuk membaca. Berikan sokongan moral dan lebihkan pujian.

7. Jadi contoh yang baik. Luangkan masa membaca 30 minit sehari untuk membaca kerana ini akan mengajar anak anda secara tidak langsung untuk suka membaca

No comments: