Cerita Jumaat lepas. Disebabkan demam dah agak baik maka niat nak berjalan2 tu diteruskan jgk. Bukan selalu dapat peluang kan.
Nampak sangat diri ni dah berumur, baru round dalam bape jam pun dah rasa semput. Kalau dulu masa bujang selamba je dari pagi sampai ke malam,mengukur jalan dengan kengkawan hehehe..
Kunun nak jumpa cikgu ijah lah, cik alang lah tapi masing2 sume ada hal la plk.Padan muka la sebab aku datang hari kerja. Tapi tetap tak keseorangan, mujo zarina available hari tu. Dia pun dah lama tak jumpa. Tengah mengandung anak kedua sekarang.
Zarina ni ex-colleague aku dlu, husband dia pun sama, sekarang fulltime housewife.
Kebetulan husband dia cuti hari tu sebab tu dia boleh datang, kalau tak dapat jugak, makcik ni dah tak larat nak drive.

Geram tak tengok anak dia ni? Aku jumpa pun terkejut tengok dia.Last aku jumpa kecik je..sekarang makaii..montelnye..si zara ni, semua orang tengok dia geram je nak cubit je pipi dia.

Zara ni baru 2 thn lebih sikit, tapi beratnya dah 17kg sama berat dengan kimi. Dah overweight. W/pun badannya besar tapi aktif sangat dan keletah.

Ni makanan aku, apa nama pun aku tak tau..tak habis pun makan, padahal masa tu memang tengah lapau giler.Kurang selera makan sekarang ni. Zarina pun perasan aku makin kurus sekarang ni. Hish tak boleh jadi ni..nak kena makan banyak2 ni tapi masalahnya aku kurus ni bukan diet ke hapa, agaknya selalu sangat makan hati berulang jantung kut..opps

Masa kimi tengok gambar ni dia boleh cakap
mama sape budak yang gemuk ni? Kimi memang la mulut dia..dia kalau nak cakap tu main cakap je, mulut takde insurans. Nasib baik bukan berdepan, kalau tak, ada kena tinju skali dengan zara tu.

Tak lama mana pun berjalan2nya, dalam pukul 6 lbh tu aku cau la.
Mungkin lepas ni kena plan baik punya dengan kawan2 lain kalau nak jumpa. Masa tu barulah best kan..bilalah tu agaknya ye...? Hmmm..berangan je la..
No comments:
Post a Comment