Thursday, June 25, 2009

Apalah nak jadi agaknya.. :-(

Hari ni rasa a little bit sad, sbb a few (bukan sorang ye) staff kat sini telah diberhentikan atas sebab2 yang panjang nak diceritakan,diaorang ni kira agak teraniaya,politik ma..Diaorang cuba menegakkan apa yang haq,tapi apa yang depa dapat?Takpelah hidup kita bukan setakat di dunia.
Bebudak ni semua aku dah rasa macam adik aku sdri je sbb memasing jenis cincai je orgnya lebih kurang macam aku je.Kira aku blh gi lah dengan diaorang ni.

What to do..dah lumrah alam kerja, kalau ko baik punya 'kipas' ko akan bertahan lama,tapi...sampai bila?pepatah pun ada cakap sepandai2 tupai melompat akhirnya ke tanah jua, just wait n see lah..

Aku? Aku tetap jugak kat sini,melihat pekerja2 yang datang dan pergi.Bila ada pekerja baru masuk first thing yang akan aku pikir selama manalah budak ni boleh bertahan kat sini!

Aku keje kat sini dah 7 thn ++...aku pun pelik macam mana aku boleh bertahan sebegitu lama,kira paling senior kat company ni. Adakah aku ni pun tergolong dalam 'kaki kipas'?Oh tidak mintak dijauhkan...aku sempoi je,aku buat je keje aku,orang nak ngadu kat aku pasal orang lain itu ini,aku dengar je,tapi tak ambik port.Mana yang aku blh nasihat aku nasihat.Malas nak memeningkan kepala hal org lain yg takde kena mengena dgn keje aku.Yang penting hujung bulan dapat gaji.Thats it!.Deme yang kat sana nak politik ke,kipas ke,tido ke tu deme punye hey lah...

No comments: