Seperti kebiasaan dalam kereta kimi nih memang tak reti nak diam mulutnya.Pagi tadi on d way ke rumah pengasuhya,dia bertanya2 pasal abah amna(abah amna tu arwah abang aku yg sulung,amna tu ofcourse la anak sdara aku)..
Kimi : mama..abah amna dalam kubur kan
Aku : a'ah..abah dia dah mati
Aku : nanti kalau mama mati kimi baca quran untuk mama tau
kimi : hmmmm..
Aku : kalau abah mati pun kimi kena baca quran untuk abah tau..macam mama amna baca tu..
kimi : hmmm..
kimi : tapi kimi tak pandai baca..
Aku : nanti kimi dah besar kimi belajar la..
Dia diam sebentar..
Sebenarnya aku sedih cerita2 mcm tu,tapi kalau tak dijawab dia tak akan berhenti tanya.
kimi : kenapa Allah ambik abah kimi masuk dalam kubur?
aku : eer..aaaa...(terkedu beberapa second nak fikir jawapan)
aku : sebab.....(masih memikirkan jawapan yg sesuai untuk budak yg berusia 3thn 5bln nih,kalau jawab sebab umur dah sampai lagi panjg lebar dia akan tanya sbb tak paham).
aku : sebab Allah sayang kat abah..
kimi : ooooo..(diam lagi tapi muka tu mcm org tgh berfikir lagi)
kimi : mama Allah tu kat mana..?
aku : eeerr..(terkedu kali kedua)
aku : Allah tu kat atas..(sebenarnya aku tak reti nak explain apa)
kimi : atas mana?kat dalam pokok ke?
aku : bukan...(masa tu aku bawak kereta agak laju sbb dah masuk jln bypass)
kimi : mama jangan la bawak laju sangat..pahan je..
aku : tak lah,tak laju pun..(nampaknya dia dah lupa soalan dia sebelum tu)
Lepas tu barulah dia sembang2 tanya soalan2 standard merapu dia..contoh soalan merapu dia tadi mama kimi nak masak kat kubur boleh tak..sambil gelak2 (kebetulan masa tu memang lalu kat tepi kubur).Jangan nak merepek lah kimi..mana boleh. Pastu bersambang lgi mcm2 soalan sehingga sampai ke rumah pengasuhnya.
Tu lah budak zaman sekarang..jangan sesekali underestimate,kena sentiasa bersiap sedia.Banyak sangat sumbernya untuk dia belajar dan macam2 lah pulak pemahaman dia.Kita nilah sebagai parentnya sepatutnya menjadi guru yang terbaik untuk dia,sentiasa memberi input dan output yang betul untuk panduan dia dimasa akan datang.
Eceh..macam beri ceramah pulak..
Sekian sahaja,sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah,yang kurang itu dari kelemahan saya sendiri.
Wassalam.
Hehehe....
3 comments:
Kalau lalu tokong Cina atau kuil,
"mama, ada apa dlm building tu? kenapa orang tunduk2 mcm tu?"
p/s: ha mama, jawab.. jawab.. soalan uji minda di pagi2 hari nihh
setakat ni mamanya tak introduce lg dia kat tokong cina atau kuil.
Senang je jawabnya..tu atuk power henjes baru siap mandi,jap lg dia nak pegi keje plk..senyap la dia hehe
keh3. kalo Qaiyyum dulu, layan aje dia cakap. smpai last skali da bosan;
"ha, pastu dia balik umah tido" Tamat cerita. diam la budak tuh
Post a Comment