Muka puas hati dah siap makan..hehehe
Dah sampai ke kampung..
Jalan kat belakang rumah,dulu penuh dengan pokok getah..
Ni la rumah sdara yang mak dengan de tumpang tido..kami panggil makngah luyah,kalau bercakap macam berteh jagung sampai aku kadang tak bape paham,dengan loghat pahang yang pekat.Dok sorang2 je tapi masih sihat lagi walaupun umur dah masuk 70+ kalau tak silap.
Kat depan rumah ni sungai pahang..kat sini la tempat kami mandi manda masa kecik2
Ni sebahagian durian untuk hari ni..bestnya melantak makan dorian..
Riuh rendah kami kat sini,seronok bila dapat berkumpul(walau tak semua).Kimi dengan sepupu2nya bukan main seronok lagi menerangkan kawasan rumah tu.
Pukul 4 lebih baru kami beransur balik dengan sebeban dorian..tinggal mak dengan de je,masing2 sume dah keletihan..
Muka aku yang serabai..dah macam makcik apa ntah..
Budak ni kete jalan je dia terus tido,tu sepupunya punya kerja..dia dah tak sedar apa
Hari isnin baru aku dengan de balik ke kuantan,mak aku masih lagi kat situ untuk seminggu lagi,mengumpul buah durian untuk anak2nya (walaupun dia tak makan sangat).
Tu la mak aku ingatnya kat anak2 dia.Harap anak2nya pun sentiasa ingat kat mak(pesanan untuk diri aku).
Note:gambar je yang banyak cite tak seberapa..;-)
No comments:
Post a Comment