Monday, March 16, 2009

Jalan sakan

Weekend lepas kimi takde kat rumah,dia ngikut pengasuhnya balik ke johor.Ni 1st time aku kasi dia ikut, sebelum ni ada jugak pengasuh dia mintak nak bawak kimi,tapi aku macam tak sanggup je.Kali ni ok je la..
Hari sabtu tu kebetulan mizan tak kerja,kami pun kuar berpoya2 bertiga.Setakat ke ECM je..Bawak hani senang je,dok je dalam stroller sampai ke sudah.Kalau ada kimi tu tak merasa la nak berjalan dengan aman,cepat la menyirapnya,pastu cepat la baliknya.
Ni nak memilih barang pun rilek je,nampak gayanya kimi memang kena tinggal selalu la lepas ni..hehehe.
Kami diner kat laksa shack,baru ni tercapai hajat aku nak try kat sini.

Pape hal pun anak tu kena kasi kenyang dulu

Aku makan laksa tomyam,sebenarnya bihun tomyam.Sedap.Memenuhi piawai la..sampai meleleh air hidung kepedasan.

Mizan laksa lemak singapore,otak2 tu memang ada skali sebab kami ambik yang set.Laksa ni pun sedappp..sampai ketitisan terakhir mizan makan.Lagipun campur dengan lapar pun ye jugak,tapi series memang sedap.

Air bandung cincau,pun sedap (nampak sangat tengah lapo tu)

Rojak buah yang biasa saje..tak payah ode pun takpe.

Kan aku dah cakap..sampai ke titisan terakhir mizan makan.Nasib baik kat kedai..kalau kat rumah tu..(biar aku sorang je la yang paham) ;-0.

Puashati jugak makan kat sini,lepas ni kununnya nak datang lagi kat sini,nak try laksa lain pulak...kecuq ayaq liur ni..

Dah nak pukul 10 baru la kami balik,fuh! sakan jugak bejalannya,dah lama tak dapat berjalan2 macam ni,sampai mizan mencangkung kat eskalator tu lotih.


Dua hari tanpa kimi kat rumah terasa aman dan rilek sikit,tapi tak best pulak rasa sunyi je,walaupun dia tu suka buat havoc kat rumah or kat mana2 tapi tanpa dia rutin kami dah terasa lain pulak..hanya aku dengan mizan je la yang tau kan..dah ate ke anak kami,mesti la kami je yang taunya.Dok gitu?

No comments: