Thursday, March 19, 2009

Disebabkan tak mahu kimi bermain kat luar rumah,semalam pas balik keje aku terus menghala ke rumah adik aku.Macam yang aku citekan lepas2 kimi ni kalau dah dapat main basikal kat luar rumah alamatnya memang payah la nak masuk rumah.Kebetulan pulak mizan takde pegi training kat KB.Jalan terbaik walau tak berapa nak baik pegi dulu jalan kemana2,bila hari dah gelap baru aku balik rumah.Bila hari dah gelap tu dia takut la kan.

Pergi rumah maksu main tiup belon & main basikal dengan dani






Disebabkan mizan takde kat rumah haruslah aku tak kuasa nak memasak beria kan..so bila dah malas tu ikut dan je la,aku goreng nuget dengan bakar ikan sahaja..tapi ikan mesti ikan yang segar bugar,kat sini memang senang je nak dapat ikan yang segar bugar sebab dekat dengan pantai.Ikan mandikan dengan kicap perah je asam limau..hmmm..sodap,habis makan berebut dengan kimi.

Sonang je kan akunya diner..setakat makan malam tak payah nak heavy sangat,janjinya makan.Walaupun makan ikut dan mesti kena make sure benda yang dimakan tu berkhasiat, betul tak..

No comments: