Hari ni baru aku keje,3 hari cuti hani masuk wad.
Hani batuk and selsema yang agak teruk,mulut dia berbau sebab ada jangkitan,banyak lendir kat paru2 dia.Bronciolitis(betul ke eja).
Kami ke KSH pagi sabtu untuk check dia sebab sebelum ni memang dah penah bawak dia ke klinik biasa tapi tak baik jugak.So setelah dicek sume..doktor nasihatkan hani masuk wad untuk senang nak bagi treatment,sebab memang teruk jugak.Petangnya baru kami datang pulak bila dimaklumkan bilik dah ada yang kosong.
Kimi terpaksa la kami tinggalkan kat rumah pengasuhnya.Nasib baik dia ok je.
Mamanya happy je..anak tu dah tak boleh nak senyum dah pasal baru lepas nangis kena sedut gas untuk mencairkan kahak.Masa ni bilik single bed belum ada kosong lg,nasib baik tak lama lepas tu ada..so lega sikit..
Tidur keletihan campur ngantuk makan ubat
Sebelum dibuat line kat tangan dia untuk senang masuk ubat
Ha tu dua2 tangan dah kena balut..sebelah tu saje balut sebab takut dia tarik wire untuk masuk ubat tu,muka pun dah macam orang tak sihat..sian dia..
Ni dah hari ke2..hani melepek je..banyak masuk ubat..banyak nangis..
Kat sini setiap 2 jam hani kena sedut gas,dia punya nangis tak yah nak cakap la..siap kena pegang,kalau dah ngantuk sangat je dia tak nangis..padahal benda tu bukan la sakit pun..
Tido je kejenye..
Untuk nak bagi senang lagi kahak dia kuar,hani kena buat fisioterapi sehari 2x..tepuk2,sedut kat hidung dengan mulut,dia punya nangis sampai biru2 skali bibir,takut sangat dia,lagi pun aku rasa benda sakit jugak lebih2 time dia sedut lendir kat hidung and tekak tu.Kalau dia mengelupur beria boleh luka tekak or hidung dia,sebab tu dia kena balut and kena pegang beria.Aku mintak izin fisioteraphist kat sini nak ambik gambar masa diaorang tgh buat kat hani,padahal kat situ dah terang2 tulis2 "NO HANDPHONE ALLOWED" lebih kurang cenggitu ayat dia,nasib blh sebab masa tu takde mesin yang on.
Tepuk2 kat dada..ada la cara tepukannya..bukan sebarang tepuk tu..bunyi dia memang kuat tapi sebenarnya tak menyakitkan
Tepuk kat belakang pulak..tengah nangis beria tu..
Sedut lendir kat hidung..nangis sambil terbatuk2
Kalau tengok memang kesian sangat..tapi aku boleh tahan lagi..tapi ada jugak aku suruh diaorang benti jap sebab hani dah nangis sampai tak kuar suara..risau pulak..walaupun diaorang keep telling me takde apa,me as her mother tak sampai hati jugak..
Dah siap fisio ni memang dia akan tido je sebab letih menangis
Akhirnya selepas 4 hari 3 malam kat wad..dah boleh keluar..alhamdulillah..dia punya pernafasan pun dah tak berbunyi,nafas dah tak berbau tapi batuk and selsema still ada sikit.Sebeban ubat dia..dah la dia ni payah amat nak makan ubat,buat stok je la ye..hehehe
Ni muka semalam..still lemah lagi..tak seceria macam biasa..mungkin kesan ubat tu tak abis lagi,muka pun dah kurus sikit..
Mudah2an lepas ni hani takde dah sakit teruk macam ni..Amin.....
2 comments:
allllllllll ciannya.... dah ok k kak lina... semoga hani cepat sembuh
nori,alhamdulillah dah ok..makan pun bukan main selera lg sekarang ni..
nway akak klik kat nama nori tu tapi cannot acces,so tak tau la sape :-)
Post a Comment