Saturday, February 7, 2009

Anak sapa yang rajin tu...

Semalam balik keje macam biasa la lepas park je kete aku terus je mangga pagar tak bagi kimi main kat luar.Bukan apa kalau dia main kat luar pagar aku dah tak boleh nak buat kerja apa..kena tengok dia la kan(kalau abahnya ada ok la).So dia macam biasa memang tak nak masuk rumah..ada la bendanya dia nak main..semalam dia cakap mama kimi nak siram pokok..aku bagi la,kalau tak bagi ngamuk pulak..
Pandai pulak dia nyiram pokok..tengok la gayanya tu macam orang dah biasa buat je,padahal ini la 1st time aku betul2 bagi dia buat sorang..selama ni ada jugak tapi aku yang tolong pegang getah paip tu..

Layan je la gambar2 ni..


Sambil2 nyiram tu dia tanya..mama dani(sepupu dia) siram pokok tak? Kimi tanya la moksu..

Siram pokok bunga ke siram rumput tu



Bukan setakat pokok bunga dia siram..lantai tu pun kalau boleh dia nak basuh..tapi aku tak bagi la weii..nak main air la plk..
Habis sume dia siram,boleh jugak diharap budak ni,dah boleh tolong mama dah pun..

Dah siap siram sume bukan suka hati lagi dia..sebab dapat buat sume,lagi pun aku on kan aje dia nak buat..kalau tak biasanya..kimi jangan main air!!.. kimi tutup paip tu cepat masuk rumah!!..kimi..pot pet pot pet..hahaha..

No comments: