Sejauh mana..mungkin jauh lagi.
Aku saje nak cite sikit pasal sejauh mana kita mengenali pasangan kita(utk yg dah kawin la).Ada orang cakap dalam tempoh 4 tahun pertama perkahwinan tu masih lagi dalam proses memahami/mengenali pasangan masing2,mungkin juga ada org lebih lama or lebih cepat.Aku rasa ada jgk betulnya.
Lagi 1 aku rasa(byk betul rasa) isteri selalunya lebih cepat memahami/mengenali suaminya.Perempuan ni kan sensitif dia lebih lagi dari lelaki.Aku ada bersembang dgn kawan2 aku,memang kebanyakannya cakap diaorang je yang lebih tau pasal suami(aku sokong)..tau makanan kegemaran suami,tau saiz kasut suami,saiz sluar suar,saiz baju,tau apa suami suka buat,suami tak suka,barang kegemaran dia apa..macam2 lagi lah..agaknya kalau tanya suami brapa org je la agaknya yang tau isteri dia pakai kasut saiz brapa,bra saiz brapa(hehe..),even ada jgk yang tak tau apa makanan kegemaran isteri dia.Mungkin jgk ada yang rasa benda2 mcm ni remeh je nak ambik tau,yang pentingnya kuar pegi keje cari duit(bini pun keje ok!),bagi nafkah zahir dan batin je dah cukup.Sebuah perkahwinan tu bukan hanya sekadar itu..(macam ye2 je aku ckp gitu).
Kadang2 isteri ni asyik makan hati je..ntah la aku pun tak paham kenapa lelaki ni ssh sgt nak paham.Kalau isteri asyik pot pet(dgn bahasa yg baik) cakap isteri suka membebel la,apa la..padahal senang je..cuba belajar memahami isteri anda,isteri tak kan jadi gitu.Selalunya isteri tu membebel utk kebaikan suaminya jgk..ada ke isteri tu membebel gini "abang ni nape rajin sgt basuh pinggan,biar je berkulat kat situ",ada ke?tak de kan..selalunya "abang tolong la basuh pinggan lepas makan"(releven ke tak contoh aku bagi ni?kalau tak layan je la).Nampak tak apa tersirat disebaliknya?Kalau suami tu tolong isterinya maknanya suami tu menghargai isteri tu dah penat2 sediakan makan utk dia(kalau tapau je tu pandai2 hang la),secara tak langsung menambahkan lg rasa kasih sayang suami isteri,rumah pun kemas.
Banyak lagi contoh2nya..kita paham sendiri la ye.
So kesimpulannya..suami dan isteri tu memang Allah dah takdirkan merekalah pasangan anda,setiap orang tu ada kelemahan dan kelebihan masing2.Pandai2lah kita mengimbanginya..
Harap tiada siapa yang berasa hati.Semua ni hanyalah bebelan aku sahaja(sebenarnya byk lagi,tapi pening nak buat ayat camne),tiada kaitan dengan sesiapa.
No comments:
Post a Comment