Tuesday, December 2, 2008

Cite sabtu

hari sabtu lepas aku membujang sekejap.kimi dgn hani aku hantar ke rumah pengasuhnya dan aku pun berpoya-poya kat bandar..bestnya..Bukan berpoya dengan sape pun pegi dengan adik aku dan anak dia.
Setakat pegi east coast je..ala kat kuantan ni mana lagi tempat yg bestnye..


Bukan ke situ nak nyoping barang2 aku pun..beli barang2 anak jugak..beli baju hani.baju dia dah sendat2 dah blaka.baju raya hari tu pun dah sendat dah..tu la yang nak beli baju baru..sian dia nak jalan tak de baju cantik,tak kan nak pakai baju2 yang dah ketat tu kan.dia mmg cepat naik badannya.

pegi pun tak lama pasai pengasuhnya nak pegi kenduri kawin plk lepas zuhur..so dalam pkl 1230 aku dah balik.hantar adik aku balik rumah dia dan aku pun terus jemput budak2 tu..

Tak de ambik gambar apa pun pasai nak kejar masa.dah nak memilih baju tu lg satu hal.

So petang tu kami ber3 lepak kat rumah je.kimi biasa la dia ngamuk je la,sampai benjol dahi terantuk kat rak tv,lupa nak ambik gambar.aku tuam je dengan ais sampai dia tertido.baru la aman sikit aku nak buat kerja rumah.ye la kan dah dari pagi kuar mana nak sempat ngemas rumah lg.

No comments: