Wednesday, April 29, 2009

Dah setahun..

Hari ni 29/4 hani dah genap setahun.Cepatnya masa berlalu.
Hani ni sama jugak macam kimi,lahir hampir sebulan awal dari tarikh jangka lahir yang sebenar.Genap 36 minggu je.Kedua2nya lahir dalam keadaan aku tak ready lagi nak bersalin,means aku tak sakit apa pun tapi dipaksa keluar.

Hani kisah dia macam ni..
Pada 27/4/08 aku macam biasa pegi buat check up kat poliklinik,sekali doktor scan hani ni songsang(breech).Masa tu aku ni memang dah gelabah la,dalam kepala ni alamak mesti kena bedah ni..so doktor kat situ nasihatkan aku rujuk ke hospital besar untuk dapatkan nasihat dari doktor pakar kat situ(bape byk doktor da).Doktor nasihat jangan cuba2 nak buat pusing sendiri dengan bidan sebab risikonya amat tinggi.Masa tu memang dup dap dup dap je,takut ok..biar pun dah anak yang ke2.So bagitau bestfren aku kat wangsamaju tu,sembang2 dgn dia baru ok sikit.

Esoknya early morning 28/4/08 aku dengan mizan ke spital besar.Scan lagi sekali memang sah baby songsang.Orang2 tua panggil songsang lipat kajang kut,kepala kat atas,buntut kat bawah,kaki kat tepi.Kedudukan dia lebih kurang macam bentuk U,tapi U yang tak bape nak U sangat..hehe ntah hape2.Doktor nasihatkan aku buat ECV(??),ECV tu pusingkan baby ke tempat yang betul secara manual.Cuak jugak sebenarnya,takut apa2 jadi kat baby,macam2 aku tanya doktor tu,ingat lagi doktok azhar namanya.Tapi doktor kata kemungkinan untuk aku berjaya tu 60 40 je,40 tu untuk berjaya.Songsang macam ni payah sikit tapi ada yang berjaya.Lama jugak la aku pot pet dengan doktor tu.Macam2 dia consult aku.Dia cakap ECV ni tak sakit sangat cuma aku akan rasa tak selesa.Doktor tetap rekemen aku buat ECV.So aku cakap nanti aku balik bincang dengan husband dulu macamana.Esoknya doktor suruh datang semula dan aku kena puasa start 10 malam tu.Pastu aku tanya kakak dengan adik aku macamana,kakak aku cakap try dulu buat jampi air ke apa.Pastu aku bincang2 dengan mizan,ok la tak payah la buat ECV tu.Kalau dah memang baby songsang pastu kena bedah,so sampai masanya bedah je la.

29/4/08 sekali lagi kami ke spital.Kununnya aku datang tu cuma nak bagitau taknak buat ECV tu dan nak book je date nak bedah.Masa ni rilek je tak rasa takut pun.So pegilah jumpa nurse kat tingkat bape ntah kat bahagian daily care kalau tak silap.Aku cakap je la tak nak buat ECV pastu nak book date bedah je.Nurse tu ajak aku masuk dalam,kat bahagian tu takde patient pun.Aku sorang je masa tu.Mizan tunggu kat luar dulu.Pastu nurse tu pulak nasihat aku macam2 pasal ECV ni,sume yang baik2 la kan.Pastu risiko kalau aku bedah.Aku masa tu dah 50 50 pulak,nak buat ke tak ni.Padahal tadi konfiden je tak nak buat.Tak lama pastu ada doktor masuk (masa tu aku dah ajak mizan masuk sekali).Doktor ni pun nasihatkan aku buat ECV ni.Macam2 la dia cite.Last2 mizan pun terpengaruh..isk2..setujulah buat ECV tu.Isi borang,cek tekanan darah,jantung aku,cek baby semua (yang letak benda bertali2 kat perut tu la)..so ready untuk buat ECV.
Yang buat ECV tu doktor pempuan,lupa namanya.Mula2 dia cek jalan dulu dah ada terbuka ke tak.Baru 2cm je.Aku kena suntik ubat untuk bagi rahim lembut sikit pastu aku kena rilek je,jangan stress sangat.Aku rilek je masa tu,sebab tak tau lagikan rasanya macamana.Dia buat benda tu dengan scan skali,means dia pusing sikit pastu dia scan nak tengok baby kat mana,tali pusat kat mana takut terbelit leher baby.
Mula dia pusingkan tu aku boleh tahan lagi,pastu dia buat sekali lagi,sakitt...
Cubaan ke3 tak berjaya jugak,baby gerak sikit pastu dia pusing semula ke kedudukan asal.Masa tu dah memang sakit woo..aku dah suruh doktor pempuan tu stop je.Doktor tu panggil sorang lagi doktor pakar singh.Try dia pulak buat.Masa doktor singh tu buat dah gila babas sakitnya.Dengan tangannya yang besar tu n dia pusing lagi kuat dari doktor pempuan tadi,baby dah terpusing sampai kat tepi tapi aku suruh doktor singh stop je la dah tak tahan sakit sangat.Dah tu ada contraction sikit.Baby pun pusing ke tempat asal semula.Pale hotak dia tak sakit buat ECV ni(geram jugak masa tu) bagi aku amat sakit.Akhirnya ECV ni fail setelah 6 kali percubaan dilakukan.
Disebabkan aku dah ada sikit contraction doktor nasihatkan aku dibedah terus lepas tu.Tapi aku rasa macam ada something else je sebab sebelum tu doktor cakap kalau tak berjaya takpe aku boleh balik je.Aku mintak jugak kat doktor tu boleh tak kalau tangguh 3 4 hari lagi.Sebenarnya aku nak pegi kenduri kawin anak sdara 1/5 tu kih2...Tapi doktor cakap kalau tangguh lagi pastu aku sakit datang nak bedah tiba2 OT penuh dah jadi masalah pulak sebab masa tu memang OT kosong.Terpaksa la setuju.Masa tu aku memang dah lapau gilee.ye la dari 10 malam tu aku dah puasa.Doktor pun tepon mizan suruh datang sain borang,booking bilik,mcm2 lagi lah.Masa tu aku takde lah rasa takut sangat.Aku tawakal je berdoa semuanya selamat.Tak sabar nak tengok baby pun ada jugak.
Akhirnya setelah hampir sejam dalam dalam OT,hani berjaya dibawa keluar ke alam nyata tepat pukul 130 tghari.Alhamdulillah takde apa yang lebih mengembirakan aku setelah mendengar suara hani menangis buat pertama kalinya.Kuat sungguh suaranya.Hilang rasa sakit masa kena bedah tu,pelik kan aku boleh rasa sakit.Bukan sakit masa kena toreh tu,tapi sakit masa hani dah keluar,aku rasa sesak nafas sangat.Macam ada benda menekan dada.Aku mintak kat doktor tolong setlekan perut aku tu cepat sikit.Dah tak tahan sakit.Mana tak lambatnya,baby dah kuar dia boleh bagi lecture pulak kat doktor pelatih pasal perut aku tu.Tunjuk itu ini kat doktor pelatih.Bengang je rasanya.Tapi nak wat camne..spital krajaan memang gitu.Sabau je le..
Kesan dari ECV tu kepala hani senget sikit dan ada kesan lebam kat dahi dia,rasanya kesan jari doktor yang pegang pale dia.Tapi alhamdulillah dalam tempoh sebulan bentuk kepala dia dah jadi normal semula,pastu lebam tu pun dah tak ketara sangat.Walaupun sekarang ni boleh nampak lagi lebam dia tu.Sebab tu aku cakap ada something else sebab dia suruh aku bedah segera tu.Ada la hikmahnya tu.

Hani ni senang nak jaga dia,malam tido terus ke pagi.Tak bangun menyusu or meragam.Hanya nangis kalau berak,lapar,panas n nak tido (tak termasuk dihentam oleh abangnya).Makan pun senang,tak memilih.

Tak boleh berjalan lagi,kadang2 2 3 tapak tu boleh la pastu bejalan meniti kat kerusi or apa yang boleh dipegang,agaknya sebab badan tu montel sangat.Kalau memanjat dah terer.Suka sangat tengok burung dan boleh sebut bird,1st word dia.Dia ni rasanya tak banyak mulut sangat,tak macam abangnya.


Selamat hari lahir HANI KHALEELA yang pertama..we love u sooo muchh.Moga menjadi anak yang baik ye..mmmmuaahhh..kiss dari abangnya yang suka membulinya.

Thursday, April 23, 2009

True colours

Kimi ni bila disuruh bergambar macam2 gaya muka yang akan dia buat.Tak soka sangat bergambar tapi lebih suka ngambik gambar.

Muka suka - lebih nak tayang gigi

Muka sedih - juih bibir tu pentingnya

Muka gembira - macam menahan sakit perut pun ada

Muka marah tapi macam nak suka

Muka nak tido - padahal kena paksa tu

Muka over - dapat makan sate

Muka terkojuit - tutup sikit mulut tu nanti masuk lalat

Muka yang paling boleh bla..mama tengok la ni kimi buat muka rabbit,cantik tak?

Tu muka rabbit gatai..

Wednesday, April 22, 2009

Seterusnya..

Aktiviti riadah dipagi hari diteruskan lagi dengan membasuh mobil.Budak sorang tu tak boleh bla jugak,memang sentiasa suka nyibuk.Bagi dia air sabun suruh basuh beskalnya.Soka sangat..

Dah pukul 10 cik hani ni baru bangun tido,apa la anak dara ni..macamana badan tu tak bulat,join skali kat luar

Tengah pujuk adik


Tang tayar je yang beria dibasuhnya,tempat lain tu tak kena air pun..


Tayar belakang pulak,takde maknanya kimi basuh beria sangat tayar tu..
Kebetulan hari sabtu tu mizan off,banyak la aktiviti luar rumah yang boleh dibuat.Kalau tak berkurung je la dalam rumah selagi abahnya tak balik.

Tu je citenye...:-)

Menuai hasil

Tajuk je macam over..bukan menuai padi ye,tapi menuai ubi kayu.Pokok ubi kayu ni mak aku tanam dari tahun lepas lagi.Sebahagian hasilnya dah digali tahun lepas,ada sepokok je lagi yang besar yang aku gali tu,yang lain2 tu semua yang baru je tanam.

Pagi sabtu kami bertiga beranak(hani tido lagi) dengin gigihnya menerangkan kawasan belakang rumah.Kira macam exercise la ni..mengeluarkan peluh pagi2 hari (tengahari hangat2 tu kalau daya boleh jugak).

Nampak tak sebatang kayu ubi besar yang dah patah tu..tu la dianya yang akan di gali.Bukan senang wooo..


Kimi tu nyebuk je,pantang nampak aku buat kerja semua dia nak buat.Tu baru je sikit aku gali

Ni la hasil yang pertama kami dapat,nampak kecik.tapi besar jugak..excited ok..sebab aku yang agali ni.

Last2nya terpaksa jugak menggunakan tenaga jantan mizan nak menggali semua,sebab ubi ni dah dalam sangat,dahtu menjalar sampai ke luar pagar.
Nampak terang je kepala orang tu...hahaha,eh silap pulak nak tunjuk ubi tu sebenarnya

Ini semuanya...yang seketul panjang tu punya la besar...

Muka puashati dapat menggali ubi(tu baru ubi,kalau gali2 dapat emas,pengsan agaknya)..dah kupas2 semua dapat sebesen besar.Aku kalau setakat menggali ubi tu takde halnya bab nak buat apa dengan ubi tu yang aku jadi halnya,senang2 bagi je kat mil,dia memang terer nak buat apa. Senangkan kalau rumah dekat2 ni dah tu pulak mil aku ni memang tukang masak.

Ini la dia hasilnya setelah ditransformasikan...kuih talam ubi yang mabeles.Sedap..lemak,manisnya memang secukup rasa la.Malangnya gambar kuih yang sebenar aku terdelete tadi,terpaksa aku letak gambar yang aku search tenet aje.Rugi2...
pic credit to here

Jemput makan..

Tuesday, April 21, 2009

Cite budak2..

Sambungan cerita kisah awan tu,di tanahnya budak2 ni dok bermain bersuka ria.
Biasa la kalau dah jumpa sepupu2nya.Bagus sangat budak2 ni main beria2,senang malamnya cepat sikit tido sebab penat.

Buat macam harta ko je kimi ye..

Sekali tu ha tuannya datang..dok belakang la ye,kimi dengan husna ni tak sekepala sangat,sebab dua2 tu kedekut sikit barang masing2,cepat la gaduhnya

Dua2 ni sama je mulut pot pet

Hani suka sangat sebab nenek letak dalam bakul belakang,boleh merempit dengan abangnya

Tengok tu menyengih je hani,dah tu ada pulak tukang tolaknya

Berenti jap melambai2 kat kapal terbang yang bersimpang siur*tipu je* kat atas.Aku dulu masa baya2 diaorang ni pun macam tu jugak,suka babai kapalterbang,agaknya sume budak2 gitu.Kimi pulak babai2 sambil cakap jumpa lagi..macam la orang tu dengar,budak ni memang selalu over sikit

Ok sambung semula..vromm vrom vrommmmmmm...


Dah gelap hari baru masuk rumah,tu lah seronoknya zaman kanak2 ni.Takde apa yang nak dirisaukan.Dalam kepala tu main main main..kalau nak apa2 sedap je ngode..Bukan macam kita dulu2,nak mintak apa2 sikit punya takut.
Tu la zaman dah berubah..hakikat yang terpaksa kita terima.Cucu cicit kita akan datang tak tau pulak macam mana.Hanya tuhan je yang tahu.

Makan guna chopstick

Lepas je balik dari rumah mil,aku bersilat pulak kat dapur.Terlebih rajin pulak hari tu,biasanya aku kalau ke rumah mil lepas balik kerja memang tak masaknya la.Tak susah pun aku nak masak sebab semua bahan2 aku dah standby siap2 masa balik rehat,rehat kan lama hari jumaat.Setakat buat kuetiaw goreng je.
Masa makan tu aku saje la kunun guna copstick.Copstik ni dah lama masa aku bujang dulu beli masa pameran barangan thai.Kunun2 nak practise la.
Si kimi ni bila tengok je aku guna copstik tu terus je tak nak guna sudu,merengek2 nak jugak.Aku bagi je la dah nak sangat,dia ingat senang agaknya.

Pegang copstik pun macam pegang apa da..

Dengan mulut skali termuncung2,nak bolehkan dapat kepit kuetiaw tu

Akhirnya dapat jugak masuk ke mulut dia seketul udang,tu yang beria suruh ambik gambar,padahal bukan kepit pun..main cucuk je kat udang tu.Kuetiawnya haram sulas pun tak berjaya masuk dalam mulut

Last2nya payah sangat,guna la semula sudu lagi senang kan,lagi cepat kenyang..


Aku ni dulu2 yang selalu guna pun tak bape terer sangat,takpe nanti belajar lagi sampai boleh ye kimi..

Monday, April 20, 2009

Awan petang

Di suatu petang yang cerah..tapi dalam gambar jadi gelap
Terasa diri ini begitu kerdil..tapi budak yang aku dukung tu lagi kerdil dari aku
Melihat kebesaran Ilahi..menggunakan sony ericsonW660i yang hampir nak luruh
Siapalah aku disisiMU..seorang perempuan serabai baru balik keje,tak reti2 nak balik kerumah lagi
Seorang insan yang sering alpa..sepelupa aku ni,rasanya mizan tu lagi la pelupanyeee
Mengharapkan ihsan dan kasih sayang dariMU..hujung bulan ni ada orang dah janji nak banja makan best,tapi aku tak pikir lagi kat ne yang best tu
Semoga Engkau kurniakanlah aku keimanan dan ketaqwaan yang tinggi..kalau dengan kimi aku memang selalu hilang sabo,kadang kat shopping mall aku dengan selamba je boleh terkeluar keynote yang tinggi dan pitchingnya lari
Serta kesabaran dalam menghadapi hari2 yang mendatang..bebudak opis aku ni tengah bengang dengan hr sebab claim masa pegi family day hari tu tak dapat2 lagi
Amin..penyudah yang ntah2 hape2,memang takde bakat langsung nak bersajak,sebab aku bukan berjiwa sentimental sangat








Sebenarnya gambar2 ni sume kat belakang rumah mil aku je,jumaat lepas lepas balik keje terus ke sini lepak2 dulu,bagi budak2 tu main2 sampai penat.Lepas magrib baru balik rumah.

Friday, April 17, 2009

All about kapalterbang/kopter

Dalam kereta dipagi hari kerumah pengasuhnya..

Mama : Kimi nak kuih tak?
Kimi : Nak
Mama : Donut nak tak?
Kimi : Nak..tapi kimi nak donut kopter..donut kapaltelbang..donut jet..ada tak mama?
Mama : Ada..nanti mama beli

Bila dah dapat donut yang aku beli..
Uiii...donut kopter la..tersengih2..

Ikutkan je la..janji dia puashati,padahal donut gaul gula tu je,takde apa yang peliknya
.

Dalam kereta dipetang hari dari rumah pengasuhnya..

Kimi : Mama mama..mama beli la untuk kimi kapaltelbang beeeeesar sangat..boleh tak mama?
Mama : Boleh...nanti mama beli..
Kimi : Mama nak beli kat mana?
Mama : Kat bandar la
Kimi : Bandar apa?
Mama : Bandar kuantan
Kimi : Kuantan apa?
Mama : Kuantan malaysia
Kimi : hmm..ooo..(dah tak reti nak sebut malaysia)
Baru la dia berenti menyoal..
Letih nak menjawabnya kalau dia bertanya,kalau apa2 barang yang aku/mizan beli,mesti soklan dia,siapa yang beli ni?beli kat mana?kedai apa?kat mana?mahal tak?pot pet...


Ni dialog dia kat rumah masa weekend lepas..

Hello..uncle azan ke tu..?
Buat apa tu..?
Oooo...
Ingatkan tengah bawak jet..
Ok..assalamualaikum

Ngekek aku gelak dengar dia berdialog sorang2,kunun tengah bercakap dengan uncle azan la tu.Macam2 dia punya imaginasi..kebanyakannya mesti ada kaitan dengan kapalterbang/heli/jet.

Mama : kimi nak minum air tak?
Kimi : bukan kimi la..ni uncle azan,nak bawak jet ni.

Pastu..

Kimi : hari ni uncle azan cuti la..




Ni pulak dialog dengan mamanya kalau mamanya tengan hangin..

Kimi : Mama cantik tak kapaltelbang ni?

Mama : Cantik

Kimi : Mama beli kat mana?

Mama : Kimi boleh tak diam sekejap!!!!

Kimi : Kimi tak nak kawan mama

Mama : Dah pegi main jauh2!!

Hehehe...perkara biasa tu..



Tuesday, April 14, 2009

Majlis doa selamat

Dipetang hari selepas aktiviti bebudak ni sempat la aku clearkan semula rumah,kakak dengan adik aku datang ke rumah untuk ambik aku ke rumah kakak sulung aku kerana ada majlis kenduri doa selamat untuk abang ipar.Mudah2an semuanya selamat..

Sampai2 je makcik2 tengah buat kerja,aku tak dapat nak nolong sangat la pasal hani tu takde sape nak jaga (mizan keje).

Memasing terus gigih buat keje,kakak dengan anak sedara

Buat keje tu..dok nyengeh pulak,adik (padahal kakaknya ni tak nolong pun..tapi tolong jugak siang ikan,kira aci la tu)

Tukang masak sedang memasak

3 stoogers yang x reti dok diam,sekali kita marah diam jap,tak sampai 2 minit terlompat2 semula


Malamnya lepas isyak diadakan sembahyang hajat,doa selamat,tahlil.No picture masa makan,takde koje oii nak bergambar2 plk tengah orang sibuk gitu.Dalam pukul 1030 baru la aku balik ke rumah.Mudah2 abang ipar aku pulih seperti sediakala..amin.

note:cerita yang ringkas2 saje

Aktiviti punggah memunggah

Macam biasa la rumah aku ni kalau hari sabtu,pagi je kemasnya sebelum bebudak ni bangun tido.Kalau diaorang dah bangun..macam kapal karam la rumah.Redo je la..

Tok guru sedang ngajar anak murid cara nak buat sepah



Nampak gayanya aku sorang pun dah boleh punggah ni


Rutin aku setiap weken lebih kurang sama je(kalau tak ke mana2)..melayan budak2,ngemas rumah,masak malas sikit,masak pun untuk hani.Bukan apa malas nak masak tu,sebab aku dah bersih betul2 dah dapur tu,dah siap mopnya,so weken aku nak tengok dapur bersih sahaja..hehe..ada ke gitu..Lagi pun bagi can la kan weekdays hari2 aku dah masak,kadang2 bosan dah makan masakan sendiri.Tapi yang bebenonya sume tu alasan je..malas yang lebihnya :-p.

Monday, April 13, 2009

Budak sudu

Hani ni pantang kalau dapat sudu,mesti nak masuk dalam mulut.Pastu merangkak kehulu hilir dengan sudu dalam mulut.Tapi semua tu bawah pengawasan la,tak kan nak biar dia sesorang,maunya terjolok ke tekaknya.Semalam je bagi dia lama sikit "makan sudu" tu,nak tengokkan gelagatnya.


Tengok la tu..buruknya rupe anak dara gigit sudu


Dia ni bukan setakat sudu je,apa2 je la yang dia jumpa mesti nak masuk mulut,pengutip sangat.Lagi2 kertas atau tisu,kegemaran dia.Kalau mainan untuk dia gigit2 tu tak nak pulak main.Getah rambut dengan sepit rambut pun dah tak boleh pakai sekarang ni,dah pandai cabut masuk dalam mulut.So semalam aku kerat je rambut dia bagi pendek,senang nak jaga,lagipun dia ni cepat berpeluh.